awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton lancarkan Proton X70 edisi Merdeka

Bernama
Bernama
16/08/2019
23:38 MYT
Proton lancarkan Proton X70 edisi Merdeka
Proton melancarkan SUV keluaran terhad pertama dengan memperkenalkan Proton X70 Edisi Merdeka di pusat pameran 4S Ming Heng Motor di Setapak, 16 Ogos, 2019. Foto Proton
Proton telah melancarkan SUV keluaran terhad, Proton X70 Edisi Merdeka (ME) bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62.
Hanya 62 kenderaan sahaja akan dikeluarkan dan berharga RM126,100 seunit. Varian SUV premium ini didatangkan dalam dua warna iaitu Snow White serta Flame Red.
"Proton mensasarkan untuk menjual unit tersebut pada bulan Merdeka, syarikat itu mampu akan dapat berbuat demikian berdasarkan kepada permintaan semasa untuk Proton X70," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Secara mekanikal, spesifikasi Proton X70 ME adalah sama dengan varian premium biasa PROTON X70, perbezaan hanya pada pakej bahagian luar serta tambahan kepada trim dalaman kereta tersebut.
"Visor pintu juga telah ditambah, bersama-sama dengan 'scuff plate' dan lambang Edisi Merdeka yang dipasang pintu bonet belakang," kata Proton.
SUV itu juga dilengkapi dengan angka khusus melambangkan Edisi Merdeka, menjadikan setiap satu unit sebagai kenderaan yang unik, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Flame Red
#Malaysia
#Merdeka
#Proton
#Proton X70
#Snow White
#SUV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan