Proton Holdings Berhad mensasarkan jualan sebanyak 5,000 unit sebulan bagi model terbaharu Proton Saga.
Saga generasi ketiga itu didatangkan dalam tiga varian – Standard (MT & CVT), Executive dan Premium.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali, seiring dengan arus pemodenan, Proton komited dalam melakukan inovasi terhadap setiap model.
Sinonim dengan penjenamaan sebagai kereta rakyat, Saga generasi ketiga ini mampu dimiliki sejak ia mula dikeluarkan pada tahun 1985.
Evolusi selama 30 tahun, jelas terpapar melalui perkembangan dari segi reka bentuk ringkas dan bersegi kepada rekabentuk baharu lebih moden dan kontemporari.
“Saga pada mulanya dikeluarkan untuk memberi kemampuan kepada rakyat Malaysia memiliki kereta. Itu adalah niat asal apabila Proton Saga dilancarkan. Sejak diperkenalkan pada tahun 1985 sehingga hari ini, ia masih dianggap sebagai kereta mampu milik.
“Ini adalah generasi ketiga Saga dan kami telah melakukan banyak pembaharuan. Jika anda lihat pada bahagian atas, ia serba baharu. Reka bentuk dalaman juga dinaiktaraf. Malah, pemanduan juga dipertingkatkan daripada kawalan kepada penggunaan bahan api.
“Dengan harga yang kami jual, saya yakin orang ramai akan mendapat nilai terbaik untuk wang,” katanya kepada Astro AWANI selepas pelancaran Saga baharu oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Pusat Konvensyen Setia City, di sini pada Rabu.
Ahmad Fuaad berkata, beliau yakin sasaran jualan 5,000 unit sebulan mampu dicapai dengan harga bermula daripada RM36,800 hingga RM45,800.
Dikuasakan enjin VVT 1.3L, teknologi ini memberikan peningkatan prestasi yang ketara dari segi pecutan.
Enjin VVT baharu itu turut menawarkan penjimatan bahan api serendah 12 hingga 14 peratus dengan mencatatkan penggunaan petrol 5.4L/100km berbanding 6.0L/100km sebelum ini pada varian MT, dan 5.6L/100km berbanding 6.3L/100km sebelum ini pada varian CVT, apabila dipandu pada kelajuan 90km/j.
Saga baharu ini juga dilengkapi ciri Bantuan Pemanduan Eco untuk membantu pemandu mengekalkan gaya pemanduan menjimatkan.
Dari segi prestasi dinamik, enjin baharu ini mampu mencapai kelajuan lebih baik bagi pecutan 0 - 100km/j untuk varian MT, iaitu 12.2 saat (0.8 saat lebih pantas), manakala 13.1 saat (1.4 saat lebih pantas) bagi varian CVT.
Pemilik Saga baharu turut berpeluang merasai suasana kabin lebih senyap kerana perubahan dilakukan pada 3-poin mounting enjin yang memberi kesan kepada pengurangan bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH).
Saga baharu ini juga lebih panjang dan lebar, iaitu 4331mm atau 74mm lebih panjang, dan 1689mm atau 9mm lebih lebar, sekali gus menjadikan ruang kabin lebih selesa dengan tempat duduk belakang lebih luas. Ini memberikan keselesaan kabin lebih baik berbanding model terdahulu.
Sebagai sebuah kereta permulaan, Saga baharu juga menawarkan pelbagai penambahbaikan lain untuk keselesaan dan kesenangan pelanggan.
Ia dilengkapi dua pengecaj USB di belakang, radio/CD/MP3, Bluetooth, 10 ruang simpanan, dua pemegang cawan, empat pemegang botol, pelaras ketinggian tempat duduk pemandu, pelaras stereng dan tempat duduk belakang boleh lipat untuk semua varian.
Sehingga kini, lebih dua juta Saga terjual di seluruh dunia dan pelbagai anugerah dimenangi sepanjang tahun di Malaysia dan Great Britain.
Proton yakin bahawa Saga baharu ini akan terus membawa kejayaan seperti model terdahulu demi menyediakan kereta mampu milik buat rakyat Malaysia.
Tempahan dan pandu uji Saga baharu kini dibuka di semua cawangan Proton Edar seluruh negara.
Malik Ridhwan
Wed Sep 28 2016
(Dari kiri) Khairy, Pengerusi DRB-Hicom Brigadier General (B) Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Ahmad Fuaad di pelancaran Proton Saga 1.3 generasi ketiga. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proton sasar jual 5,000 unit Saga baharu sebulan
Proton Holdings Berhad mensasarkan jualan sebanyak 5,000 unit sebulan bagi model terbaharu - Proton Saga.