awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya lima maut selepas Ribut Kristin melanda Portugal
Iran bakal umumkan nama dan butiran mangsa terkorban dalam protes terbaharu
Fed kekal kadar faedah di sebalik tekanan White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton sasar jual sehingga 200,000 unit kenderaan pada 2026

Bernama
Bernama
28/01/2026
22:40 MYT
Proton sasar jual sehingga 200,000 unit kenderaan pada 2026
Pada 2026, Proton menyasarkan untuk menjadikan Proton Saga sebagai model kereta nombor satu di Malaysia, manakala jenama sub-EV e.Mas disasarkan menjadi jenama EV terkemuka di negara ini.
SHAH ALAM: Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton) menyasarkan jualan sehingga 200,000 unit kenderaan pada 2026, didorong oleh pelan hala tuju teknologi masa depannya yang komprehensif.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong berkata, pelan hala tuju itu termasuk pembangunan berterusan tiga platformnya iaitu Global Modular Architecture (GMA), Advanced Modular Architecture (AMA) dan Siri-X.
"Di bawah pelan hala tuju ini, Proton juga kekal komited untuk membangunkan empat laluan teknologi yang bertujuan mewujudkan teknologi terkemuka menjelang 2035, dengan memberi tumpuan kepada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), kenderaan elektrik hibrid (HEV), kenderaan elektrik hibrid pasang masuk (PHEV) dan kenderaan elektrik bateri (BEV).
"Menerusi pelan hala tuju teknologi ini, saya percaya kami boleh mencapai sasaran 200,000 unit," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina Proton, di sini, pada Rabu.
Li juga berkata, pada 2026, Proton menyasarkan untuk menjadikan Proton Saga sebagai model kereta nombor satu di Malaysia, manakala jenama sub-EV e.Mas disasarkan menjadi jenama EV terkemuka di negara ini.
"Selain itu, kami berharap Proton e.Mas 7 PHEV yang bakal dilancarkan pada Februari 2026, akan menjadi PHEV nombor satu di Malaysia," tambahnya.
Secara ringkasnya, Proton menjual 157,976 unit pada 2025, iaitu pencapaian jualan tertinggi dalam tempoh 15 tahun, mewakili peningkatan sebanyak 3.3 peratus tahun ke tahun.
Syarikat itu turut menjual 74,013 unit Proton Saga pada tahun yang sama dengan purata 6,168 unit sebulan, iaitu tertinggi dalam tempoh 14 tahun.
Mengenai eksport, Li berkata, Proton menyasarkan jumlah eksport sehingga 8,200 unit ke 32 negara pada 2026.
"Menjelang 2030, kami menyasarkan untuk meningkatkan jumlah eksport kami kepada 100,000 unit," katanya.
Pada 2025, Proton mengeksport sehingga 6,000 unit ke 18 negara, menandakan prestasi eksport tertingginya dalam tempoh 12 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Proton
#jualan
#jala tuju teknologi
#GMA
#AMA
#siri-x
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan