awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Public Bank naikkan kadar asas sebanyak 0.25 peratus mulai Jumaat

Bernama
Bernama
07/07/2022
04:57 MYT
Public Bank naikkan kadar asas sebanyak 0.25 peratus mulai Jumaat
Kadar simpanan tetap Public Bank akan turut dinaikkan sewajarnya sebanyak 0.25 peratus membabitkan semua tempoh. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Public Bank akan melakukan pelarasan semula dengan menaikkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR)/Kadar Pembiayaan Asas (BFR) sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus berkuat kuasa esok (8 Julai, 2022).
Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan perbankan itu berkata langkah tersebut sejajar dengan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas daripada 2.00 peratus kepada 2.25 peratus, semalam.
"BR bank ini akan dinaikkan kepada 2.77 peratus daripada 2.52 peratus manakala BLR/BFR dinaikkan kepada 5.97 peratus daripada 5.72 peratus.
"Pada masa sama, kadar simpanan tetap Public Bank akan turut dinaikkan sewajarnya sebanyak 0.25 peratus membabitkan semua tempoh yang turut berkuat kuasa pada tarikh sama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Public Bank
#BLR
#OPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan