KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menyasarkan 15 syarikat Rakan Usahawan PUNB dalam bidang automotif untuk menyertai Program Petronas AutoExpert pada tahun ini.
Dalam kenyataan pada Ahad, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izwan Zainuddin berkata, setakat ini terdapat lima Rakan Usahawan PUNB dalam bidang automotif telah menyertai program ini yang mula diperkenalkan pada tahun lalu.
Program Petronas AutoExpert adalah kerjasama PUNB dengan Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB) bagi membolehkan Rakan Usahawan PUNB menjalankan perniagaan bengkel kenderaan berkonsep di bawah jenama syarikat minyak utama Malaysia itu.
"Melihat kepada maklum balas yang positif, PUNB terus menyokong program ini untuk menambah bilangan Rakan Usahawan PUNB menyertai program Petronas AutoExpert, sekali gus membantu menaik taraf bengkel usahawan Bumiputera ke suasana yang lebih kondusif," katanya.
Izwan berkata, dalam Program Petronas AutoExpert, bengkel Rakan Usahawan PUNB yang layak akan dibantu dari aspek pembiayaan perniagaan untuk dinaik taraf menjadi pusat servis sehenti yang menyediakan sokongan kepakaran serta capaian daripada sudut sistem dan kelengkapan termaju termasuk pelincir.
Selain itu, mereka yang menjadi rakan niaga Petronas AutoExpert akan menerima latihan, sokongan pemasaran, program dagangan serta rundingan bagi pembangunan perniagaan daripada Petronas, katanya.
- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Izwan berkata, setakat ini terdapat lima Rakan Usahawan PUNB dalam bidang automotif telah menyertai program ini yang mula diperkenalkan pada tahun lalu. - Foto fail/Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PUNB peruntuk RM5 juta, sasar lebih 300 peserta JumPER tahun ini - Acryl Sani
Pertambahan jumlah pembiayaan itu adalah susulan kejayaan peserta JumPER sebelum ini dalam bidang keusahawanan diceburi masing-masing.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
PUNB sasar 15 syarikat Rakan Usahawan PUNB sertai Program Petronas Autoexpert tahun ini
PUNB menyasarkan 15 syarikat Rakan Usahawan PUNB dalam bidang automotif untuk menyertai Program Petronas AutoExpert pada tahun ini.
PUNB perkenal sistem dalam talian 'e-mohon' untuk permohonan pembiayaan perniagaan
Sistem tersebut dapat memudahkan pemohon, selain mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses permohonan.
PUNB berjaya bangunkan 11,564 usahawan Bumiputera sejak ditubuhkan
Sebanyak 11,564 usahawan Bumiputera melibatkan 8,086 buah syarikat telah berjaya dibangunkan dengan jumlah kelulusan pembiayaan sebanyak RM3.5 bilion sejak penubuhan PUNB.
Noh minta Pernas, PUNB, KPDHEP bekerjasama selaraskan konsep francais
Noh berkata selaku Menteri, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk bekerjasama dengan semua golongan yang terbabit dalam keusahawanan selari dengan aspirasi cogan kata Keluarga Malaysia.
PUNB tawar moratorium penuh pembiayaan perniagaan, tambahan diskaun sewa premis perniagaan
PUNB menawarkan pemberian moratorium penuh ke atas prinsipal dan keuntungan kepada Rakan Usahawan yang layak dan tambahan diskaun sewa kepada penyewa premis perniagaan PUNB.
Ahmad Nazlan Idris dilantik pengerusi PUNB
Datuk Ahmad Nazlan Idris dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) berkuat kuasa 15 Okt 2021.
PUNB tawar skim pembiayaan baharu untuk individu diberhentikan kerja
SPUR terbuka kepada semua individu bumiputera berusia antara 18 tahun hingga 55 tahun yang hilang pekerjaan ekoran penularan pandemik COVID-19.
PUNB lantik Izwan Zainuddin sebagai CEO baharu
Pelantikan Izwan adalah bagi menggantikan Datuk Azhar Haji Ahmad yang meletak jawatan pada 15 Okt 2018.