awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PuTERA35 perlukan pendekatan, pemantauan lebih holisitk - Madeline

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
22/08/2024
03:30 MYT
PuTERA35 perlukan pendekatan, pemantauan lebih holisitk - Madeline
Madeline berpendapat pengenalan PuTERA35 ini mengambil pendekatan yang lebih inklusif dalam mengangkat kepentingan Bumiputera, terutamanya melibatkan komuniti Orang Asli, Sabah, dan Sarawak. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pendekatan holistik wajar diketengahkan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan pelan ini.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Madeline Berma berkata, dengan pelbagai agensi kerajaan yang terlibat, terdapat risiko pertindihan dan persaingan yang boleh menjejaskan penggunaan sumber yang sudah sedia terhad.
"Oleh itu, pemantauan berterusan oleh pihak kementerian melalui jawatankuasa khas dilihat sebagai langkah kritikal untuk mencapai matlamat kerangka tersebut," tambahnya.
Antara lain, beliau berkata adalah aspek tatakelola juga perlu diberi perhatian khusus, seiring dengan prinsip Ekonomi MADANI yang menekankan kecekapan dan ketelusan kewangan seperti yang ditekankan dalam Teras 2 kerangka tersebut.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan bukan sahaja perlu memainkan peranan utama, tetapi rakyat juga perlu terlibat secara aktif dengan memberikan maklum balas dan cadangan untuk memperbaiki pelaksanaan pelan ini.
"Kalau kita lihat dalam ekonomi MADANI, tatakelola sering disebut supaya tidak berlaku ketirisan dari segi kewangan dan memastikan bahawa apa yang dijanjikan itu terlaksana.
"Kerajaan ada peranannya tetapi kita sebagai rakyat peranannya tersendiri, begitu juga dengan NGO.
"Kita bukan hanya sekadar menunggu, sebaliknya kita boleh pastikan untuk memberi maklum balas sama ada ia positif atau negatif. Jangan hanya menghentam, berikan cadangan jika perlu," tegas beliau ketika ditemu bual dalam program Pantau Belanjawan pada Khamis.
Dalam pada itu, Madeline berpendapat pengenalan PuTERA35 ini mengambil pendekatan yang lebih inklusif dalam mengangkat kepentingan Bumiputera, terutamanya melibatkan komuniti Orang Asli, Sabah, dan Sarawak.
Berbeza dengan perancangan sebelumnya, ia memberikan pengiktirafan kepada perbezaan pencapaian dalam kalangan bumiputera, sesuatu yang sebelum ini jarang disentuh dalam perbincangan pembangunan.
PuTERA35 diperkenalkan pada Isnin sebagai anjakan besar dalam membawa pembangunan Bumiputera ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi serantau.
Topic Berkaitan
#PuTERA35
#Madeline Berma
#Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035
#pendekatan holistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan