KOTA BHARU: Produk penjagaan kesihatan dan pelangsingan badan, Qayra Beauty (QB) mengunjurkan jualan mencecah kepada RM30 juta pada tahun ini berbanding RM20.2 juta tahun sebelumnya.
Pengasasnya, Noor Faqirah Abdullah berkata, peningkatan nilai berkenaan bakal disumbangkan oleh pertambahan jumlah ejen dan peningkatan kualiti produk, selain perancangan meluaskan pasaran syarikat di peringkat antarabangsa.
“Kita akan membuka lebih banyak peluang untuk sesiapa yang hendak menjadi ejen dan pada masa yang sama, kita akan tingkatkan juga kualiti produk kerana saya percaya usaha ini dapat menaikkan lagi jumlah jualan Qayra Beauty.
“Insya-Allah, sekiranya ada rezeki kita akan memasarkan (produk) ke luar negara termasuk Indonesia dan Singapura pada hujung tahun ini. Saya juga mengharapkan agar kualiti produk QB ini sentiasa memberi manfaat kepada semua pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam dan penyampaian anugerah kepada pengedarnya di sebuah hotel di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga komited menambah rangkaian produk pada masa akan datang, selain terus memastikan setiap produk yang dihasilkan oleh QB sentiasa berpatutan.
“Insya-Allah, kita akan memfokuskan kepada semua (jenis produk) bukan hanya untuk menurunkan berat badan sahaja tetapi akan fokus juga produk kosmetik dan sebagainya.
“Dari segi peningkatan bahan mentah dan seumpamanya, QB tetap mengeluarkan produk yang berpatutan dan mampu milik kerana untuk menyebarkan manfaat kepada semua orang, kita inginkan semua orang (pelanggan) mampu beli,” katanya.
Sementara itu, Top Leader pertama QB, Wan Nor Eziatul Azlin Wan Fadri Sham berkata, keberkesanan produk QB menjadi penyebab utama dia memilih untuk memasarkannya kepada orang ramai sejak 2019.
“Kini, saya sudah memiliki 800 ejen di seluruh negara dan berhasrat untuk mencapai jualan RM3 juta pada tahun ini.
“Selain itu, Qayra juga sangat baik bersama pasukan, tidak memilih dan membantu dalam melakukan jualan,” ujarnya.
Menurut Top Leader kedua QB, Norzakira Imana Omar, berkata kerja keras untuk bangkit membaiki kehidupan dengan hanya berbekalkan modal RM250 sahaja, kini jualannya sudah mencecah RM2 juta pada tahun lepas.
Katanya, dia memilih QB berbanding jenama lain kerana produk-produknya yang mudah untuk dijual kepada sasaran.
“Produk atau suplemen pelangsingan badan ini sangat mudah untuk dijual dan mencari sasaran (pembeli) dari pelbagai peringkat umur.
“Antara lain, untuk buat jualan runcit atau mencari ejen dan penjual semula bagi produk ini juga sangat senang, QB memang antara produk yang memudahkan saya mecapai sasaran,” jelasnya.
Antara produk keluaran QB termasuk Herba Kurus Tradisi, Slimocha, Slimberry, Slimnut, Maajun Premium, Slimming Girdle dan produk yang baru dilancarkan iaitu UK Coffee dan UK Gel.
Maklumat lanjut menjadi sebahagian daripada keluarga QB, layari www.qayrabeautyhq.com atau hubungi 016-9466816.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Ehsan A Marisah
Sat Jan 28 2023
Majlis makan malam dan penyampaian anugerah kepada pengedar Qayra Beauty berlangsung di sebuah hotel dekat Kota Bharu, baru-baru ini. - Foto QB Empire
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Kes pemerasan: Dua lagi polis berpangkat Inspektor, Sarjan ditahan - KPN
Dua lagi polis berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Program Penuaan Sihat tingkat kesedaran isu keuzuran warga emas
Program itu juga bagi mengenal pasti status kesihatan warga emas dalam komuniti supaya intervensi awal dapat dilaksanakan.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Qayra Beauty unjur jualan RM30 juta tahun ini
Ia bakal disumbangkan oleh pertambahan jumlah ejen dan peningkatan kualiti produk, selain perancangan meluaskan pasaran syarikat di peringkat antarabangsa.