Rakyat harus bekerjasama dalam mengurus dan mengatasi sentimen negatif pelabur terhadap pasaran di Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata ini kerana faktor sentimen boleh dikawal negara berbanding faktor-faktor luaran lain seperti kejatuhan harga komoditi minyak serta keadaan ekonomi global.
Katanya setiap individu memainkan peranan penting dalam memberikan persepsi yang baik kepada orang luar.
"Rakyat Malaysia kena mainkan peranan untuk pastikan negara kita tidak terjejas oleh kerana politik sebab kita berdepan masalah ekonomi dunia yang tidak menentu. Jadi kita harap semua bersatu padu."
"Kita boleh mempunyai ideologi politik berbeza tetapi demi Malaysia, kita kena jaga dan pulihkan balik ekonomi kerana sentimen ini tidak beri kebaikan kepada semua. Jadi kita terpaksa bertolak-ansur dalam soal ini."
Johari berkata ketika ini kerajaan sedang mengatasi isu-isu yang boleh membawa kepada sentimen negatif itu termasuk langkah merasionalisasi 1MDB untuk mengukuhkan lagi keyakinan pelabur luar.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 2015 anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI).
Nurulhana Ismail
Tue Sep 01 2015
JOHARI: Kita kena jaga dan pulihkan balik ekonomi kerana sentimen ini tidak beri kebaikan kepada semua. -Gambar fail
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah kelas laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahklasifikasi laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.