awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ranhill Utilities Berhad tersenarai untuk pembangunan loji solar berskala besar di Semenanjung

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
15/03/2021
23:02 MYT
Ranhill Utilities Berhad tersenarai untuk pembangunan loji solar berskala besar di Semenanjung
Pada 31 Mei tahun lepas, ST telah mengeluarkan iklan Permintaan untuk cadangan (Request For Proposal) bagi cadangan pembangunan 10 Loji Fotovoltan Solar Berskala Besar 50 megawatt di Semenanjung Malaysia. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ranhill Utilities Berhad (RUB) dan sembilan syarikat lain telah dipilih bagi pembangunan loji solar berskala besar untuk tujuan penghasilan 500 megawatt tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia mulai tahun 2023.
Menerusi satu pengumuman kepada Bursa Malaysia, RUB memaklumkan bahawa Suruhanjaya Tenaga (ST) menyenarai pendek sepuluh pembida untuk Pakej P2 (500MW) LSS @ MEnTARI di mana setiap pembida diperuntukkan kapasiti eksport 50MW.
RUB disenarai pendek dan dipilih bagi mengendalikan pengeluaran solar 50 megawatt setahun di Batang Padang, Perak, jika memenuhi syarat tambahan.
Projek ini memerlukan Ranhill menguruskan pembiayaan, reka bentuk, pembekalan, pembinaan, pemilikan, pengoperasian dan penyelenggaraan Loji Fotovoltan Solar Skala Besar 50MW bagi tujuan membekalkan tenaga elektrik selama 21 tahun mulai tahun 2023.
Pada 31 Mei tahun lepas, ST telah mengeluarkan iklan Permintaan untuk cadangan (Request For Proposal) bagi cadangan pembangunan 10 Loji Fotovoltan Solar Berskala Besar 50 megawatt di Semenanjung Malaysia.
Ranhill telah mengemukakan cadangan mereka pada 2 September tahu yang sama.
Loji Solar Berskala Besar atau dikenali sebagai LSS adalah program pembidaan secara bersaing untuk menurunkan Penyamarataan Kos Tenaga (LCOE) bagi membangunkan loji fotovoltan solar berskala besar (LSS) dan Suruhanjaya Tenaga adalah merupakan agensi pelaksana untuk rancangan ini.
Topic Berkaitan
#Ranhill Utilities Berhad
#RUB
#Suruhanjaya Tenaga
#Bursa Malaysia
#Loji Fotovoltan Solar Skala Besar 50MW
#Batang Padang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan