BANGI: Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan teknologi tinggi termasuk industri dron adalah antara komponen dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perincian mengenai perkara itu hanya akan diketahui pada 24 Februari nanti.
"Kita tunggu 24 Februari ini. Masih lagi belum dimuktamadkan. Sukar nak sebut satu persatu. Namun, R&D dan teknologi tinggi salah satu komponen dalam bajet, ada beratus komponen dalam bajet, satu daripada itu adalah R&D dan teknologi tinggi termasuk industri dron serta pendidikan seperti program hari ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Dronecubator di Kompleks Pentadbiran Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu katanya, Malaysia berazam untuk melibatkan diri dalam teknologi dron sebanyak US$12.13 bilion dolar atau 4.3 peratus daripada pasaran global.
"Berdasarkan kajian Drone Market Report 2021, keseluruhan pasaran dron global ialah lebih US$41 bilion dolar.
"Jadi usaha kita hari ini, dron bukan hanya untuk penggambaran, tetapi juga sukan baharu untuk negara sampai ke peringkat antarabangsa dan bertujuan bagi penyelidikan, pertanian dan pengangkutan," ujarnya.
Justeru, beliau berharap anak syarikat diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan, Futurise Sdn Bhd mencari industri-industri daya cipta dengan teknologi tinggi yang baharu untuk dimajukan.
Astro Awani
Mon Feb 13 2023

Ahmad Maslan menghadiri Majlis Perasmian Program Dronecubator di Kompleks Pentadbiran Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM Bangi di sini pada Isnin. - Sumber foto Facebook UKM
Naikkan gaji tidak selesaikan isu kos sara hidup - Dr Mahathir
Dr Mahathir mengingatkan peningkatan gaji tidak semestinya akan meningkatkan kuasa beli rakyat.
PM Anwar tarik potensi eksport RM1.07 bilion - MITI
Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand yang berakhir hari ini menarik potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion.
Komen O'Reilly cermin kedangkalan pengetahuan, pandangan sempit
Tegasnya, salah faham seumpama itu amat dikesali kerana sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menyasarkan integrasi serantau, kerjasama ekonomi dan kestabilan Asia secara keseluruhannya.
Bill O'reilly angkuh, jahil dan tidak faham Asia Tenggara - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kenyataan itu bukan sahaja menunjukkan kejahilan O’Reilly terhadap realiti semasa Asia Tenggara, tetapi turut mencerminkan pemikiran sempit yang dipengaruhi sentimen perkauman dan ideologi penjajah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 April 2025.

AS akan berhenti jadi orang tengah rundingan damai Rusia-Ukraine jika tiada kemajuan segera
AS akan menghentikan usaha menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara Rusia dan Ukraine melainkan ia mendapati perkara itu boleh dilakukan dalam beberapa hari.

Pemimpin pelapis perlu bijak tangani masyarakat tanpa protokol
Pemimpin pelapis perlu bijak dan berintegriti dalam menangani kewujudan masyarakat tanpa protokol atau non-protocol society, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Pulau Pinang rekod 579 kes baharu HFMD dalam seminggu, empat kluster dikesan
Pulau Pinang merekodkan 579 kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada Minggu Epidemiologi ke-15 iaitu antara 6 hingga 12 April lepas.
AWANI 7:45 [18/4/2025] – Jangan berlebihan kerana tuntutan| Masih dalam siasatan| Ilham Tun M
Laporan berita padat dan ringkas AWANI7:45 bersama Pia Ernadya
1. Jangan pandang ringgan kesilapan siar Jalur Gemilang, tegas PM.
2. Polis rakam keterangan 42 individu, siar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.
3. Malaysia sedia realisasi rangkaian kereta api Pan-Asia.
4. Harga ayam pun berubah, bukan alasan tidak papar harga ubat.
1. Jangan pandang ringgan kesilapan siar Jalur Gemilang, tegas PM.
2. Polis rakam keterangan 42 individu, siar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit.
3. Malaysia sedia realisasi rangkaian kereta api Pan-Asia.
4. Harga ayam pun berubah, bukan alasan tidak papar harga ubat.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.