awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reader's Digest Trusted Brands 2022: Spritzer rangkul anugerah platinum

Dagang News
Dagang News
24/06/2022
04:27 MYT
Reader's Digest Trusted Brands 2022: Spritzer rangkul anugerah platinum
Spritzer Bhd. (Spritzer) mengumumkan syarikat itu baru-baru ini memenangi anugerah platinum Reader's Digest Trusted Brands 2022 bagi kategori Makanan dan Minuman (air botol).- Fail DagangNews.com
KUALA LUMPUR: Spritzer Bhd. (Spritzer) mengumumkan syarikat itu baru-baru ini memenangi anugerah platinum Reader’s Digests Trusted Brands 2022 bagi kategori Makanan dan Minuman (air botol).
Majlis penyerahan anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2022 turut meraikan ulang tahun ke-100 Reader’s Digest, sebuah jenama global dengan 23 edisi di 41 buah negara.
Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Spritzer, Dr. Chuah Chaw Teo berkata, pihaknya terharu menerima anugerah yang penting daripada Reader’s Digest Trusted Brands 2022.
"Spritzer telah memenangi anugerah ini selama 21 tahun. Pencapaian ini adalah pengiktirafan besar bagi populariti dan kepercayaan terhadap jenama Spritzer daripada pengguna kami yang setia.
"Ia adalah satu kebanggaan bagi kami, dan saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sokongan kuat ini. Spritzer akan terus memberikan air mineral semulajadi yang berkualiti baik kepada pengguna, di samping berusaha untuk memberi semula kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Reader’s Digest Trusted Brands 2022 dikendalikan secara bebas oleh syarikat penyelidikan pasaran terulung, Catalyst Research.
Anugerah ini menyaksikan pendapat dan undian daripada kira-kira 8,000 individu dari Asia berdasarkan ciri-ciri utama iaitu Kebolehpercayaan dan Kredibiliti, Kualiti, Nilai, Memahami Kehendak Pelanggan, Inovasi dan Tanggungjawab Sosial.
Spritzer khusus dalam pembuatan dan pengedaran air mineral semulajadi, air minuman disuling, minuman berperisa buah tidak berkarbonat dan minuman berperisa buah.
Syarikat itu beroperasi selama lebih 30 tahun dan merupakan pengeluar air botol terbesar di negara ini.
Sumber DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Asia
#air minuman
#anugerah
#jenama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan