awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RHB unjur pengukuhan fiskal dalam Belanjawan 2021

Bernama
Bernama
20/10/2020
08:49 MYT
RHB unjur pengukuhan fiskal dalam Belanjawan 2021
Perbelanjaan ke atas bantuan sosial dijangka kekal signifikan, katanya sambil menambah pemberian tunai, sokongan bersasar terhadap sektor pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana mungkin berterusan sehingga separuh pertama 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 akan lebih menjuruskan kepada belanjawan pengembangan walaupun pada skala yang rendah, kata RHB Research.
Firma penyelidikan itu mengunjurkan defisit fiskal pada 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2021 daripada 6.5 peratus pada 2020, seiring dengan keperluan untuk pengukuhan fiskal.
"Kerajaan telah menyatakan bahawa ia kini sedang meninjau untuk melebarkan asas cukai dengan semua kemungkinan akan dipertimbangkan, iaitu memperluaskan asas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), keuntungan modal atau cukai karbon dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Bagaimanapun, memandangkan momentum ekonomi yang lemah, kemungkinan langkah-langkah berkenaan akan dilaksanakan kemudian. Kami juga berpendapat "cukai dosa" tidak akan dinaikkan ataupun cukai keuntungan luar biasa akan dikenakan ke atas saham sarung tangan dalam Belanjawan 2021," katanya dalam satu nota hari ini.
Perbelanjaan ke atas bantuan sosial dijangka kekal signifikan, katanya sambil menambah pemberian tunai dan sokongan bersasar terhadap sektor pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana mungkin berterusan sehingga separuh pertama 2021.
Mengenai pasaran hartanah pula, firma penyelidikan itu menjangkakan kerajaan akan mengekalkan langkah-langkah kelonggaran semasa untuk pasaran dengan kemungkinan menurunkan lagi Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021 Pembangunan Infrastruktur
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#KDNK
#cukai barang dan perkhidmatan
#sektor pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan