Ringkasan AI
- DAP akan bertanding di dua lagi kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13.
- Dua kerusi tersebut ialah Bawang Assan dan Senadin, menurut Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.
- Alice Lau dicalonkan di Bawang Assan, manakala Alan Ling Sie Kong di Senadin.
KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengumumkan akan bertanding di dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, dua kerusi berkenaan ialah Bawang Assan dan Senadin.
Bagi kerusi Bawang Assan, DAP mempertaruhkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau, manakala Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling Sie Kong, diumumkan sebagai calon bagi kerusi Senadin.