Skip to main content

Malaysia

PH Negeri Sembilan junjung kebijaksanaan Tuanku Muhriz tangani kemelut politik

Majlis Pimpinan Negeri PH Negeri Sembilan dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkembangan terkini membuktikan bahawa betapa pentingnya semua pihak menghormati kedudukan dan kuasa Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. -Gambar fail/Bernama
Majlis Pimpinan Negeri PH Negeri Sembilan dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkembangan terkini membuktikan bahawa betapa pentingnya semua pihak menghormati kedudukan dan kuasa Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. -Gambar fail/Bernama

Ringkasan AI

  • Pakatan Harapan Negeri Sembilan menghargai kebijaksanaan Tuanku Muhriz dalam menangani kemelut politik dan pentadbiran negeri.
  • PH Negeri Sembilan menegaskan semua pihak mesti menghormati institusi Yang Dipertuan Besar dan mematuhi titah baginda demi kestabilan pentadbiran negeri.
  • Enam ADUN mengangkat sumpah sebagai Exco baharu, dengan penekanan agar mereka memahami batas tugas dan tidak melampaui kuasa yang ditetapkan.
Advertisement

SEREMBAN: Pakatan Harapan Negeri Sembilan menjunjung kasih atas kebijaksanaan dan ketegasan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam menangani kemelut politik serta pentadbiran negeri ini.

Majlis Pimpinan Negeri PH Negeri Sembilan dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkembangan terkini membuktikan bahawa betapa pentingnya semua pihak menghormati kedudukan dan kuasa Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. 

"Setelah hampir empat bulan negeri dibelenggu dengan pertikaian politik, keutamaan kini ialah memastikan segala titah tuanku dipatuhi dan pentadbiran negeri kembali berfungsi dengan teratur.

Advertisement

"Jangan sekali-kali perbuatan yang dianggap derhaka ini berulang, apatah lagi oleh mereka yang telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan institusi negeri dan mematuhi undang-undang," menurut kenyataan itu.

Advertisement

PH negeri menegaskan bahawa perkembangan terkini itu hendaklah menjadi pengajaran kepada seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), seterusnya menghormati institusi Yang Dipertuan Besar, akur kepada titah tuanku dan kembalikan tumpuan kepada amanah mentadbir negeri.

PH negeri memaklumkan kerajaan negeri mesti segera memastikan Belanjawan 2027 dapat dibentangkan, ekonomi terus berkembang dan segala inisiatif rakyat dilaksanakan. 

 Pembentangan Belanjawan Negeri 2027 itu mesti diselesaikan segera bagi mengelakkan gangguan peruntukan dan risiko shutdown fungsi pentadbiran tertentu, serta rakyat tidak sepatutnya menjadi mangsa kepada percaturan politik yang berpanjangan ini.

Terdahulu, enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Exco Negeri Sembilan yang baharu di hadapan Tuanku Muhriz pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, di Kuala Pilah.

Barisan Exco berkenaan ialah Suhaimi Aini (Kota), Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (Jeram Padang), Ridzuan Ahmad (Gemas), Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang), Mohamad Qayyum Abd Jalil (Senaling) dan Koh Kim Swee (Repah).

Pada istiadat itu, Tuanku Muhriz mengingatkan Exco yang baru dilantik supaya sentiasa memahami batas tugas dan bidang kuasa masing-masing, selain tidak bertindak melampaui kuasa serta tanggungjawab ditetapkan.

Tuanku Muhriz bertitah segala peristiwa dan isu yang tercetus baru-baru ini perlu dijadikan pengajaran dan pedoman oleh semua pihak, terutama barisan Exco yang memikul amanah dalam pentadbiran negeri.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement