awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga

Bernama
Bernama
27/12/2024
14:30 MYT
Ringgit catat perubahan kecil berbanding dolar AS pada akhir urus niaga
Pada 6 petang ini, ringgit diniagakan pada paras 4.4680/4750 berbanding dolar AS, susut sedikit daripada 4.4670/4715 pada akhir dagangan semalam. - Foto hiasan/REUTERS
KUALA LUMPUR: Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.
Pada 6 petang ini, ringgit diniagakan pada paras 4.4680/4750 berbanding dolar AS, susut sedikit daripada 4.4670/4715 pada akhir dagangan semalam.
Sentimen optimis berterusan mengenai pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS pada tahun depan, juga ternyata memberi sedikit sokongan terhadap sentimen berkenaan.
Selain itu, pemulihan dalam pasaran minyak mentah selepas mengalami penurunan sebelum ini, juga memberi sokongan terhadap mata wang tempatan itu.
Bagaimanapun, Ketua Penyelidik Pelaburan UOB Kay Hian Mohd Sedek Jantan berkata jangkaan pasaran mengenai hanya dua pengurangan kadar faedah AS dalam 2025, di tengah-tengah data tuntutan pengangguran AS yang diumumkan semalam, terus menambah tarikan dolar AS.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata berdasarkan perkembangan sebelum ini, dolar AS cenderung lemah pada masa ini, namun jangkaan Presiden Donald Trump melaksanakan tarif hanya meningkatkan lagi ketidaktentuan.
"Saya menjangkakan mata wang Asia, termasuk ringgit akan menyaksikan minggu urus niaga yang berhati-hati dengan urus niaga yang lebih terhad," katanya.
Dalam pada itu, ringgit ditutup mengukuh berbanding mata wang utama lain.
Ini termasuk meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8300/8346 daripada 2.8373/8405 semalam, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5904/5991 daripada 5.5967/6023 dan naik berbanding euro kepada 4.6543/6616 daripada 4.6448/6495.
Ringgit mencatat prestasi bercampur-campur berbanding kebanyakan mata wang ASEAN, termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2846/2900 daripada 3.2875/2913 dan naik berbanding rupiah Indonesia pada 275.4/276.1 daripada 275.8/276.3.
Berbanding baht Thailand, ringgit susut kepada 13.1023/1289 daripada 13.0340/0543 dan berbanding peso Filipina pada paras 7.72/7.74 daripada 7.70/7.71 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#mata wang tempatan
#perubahan kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan