Skip to main content
Advertisement

Bisnes

Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama, rendah berbanding dolar AS

41743127105_tbRINGGITMALAYSIA.jpg
Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar AS, dengan ketidaktentuan geopolitik menyokong permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar AS, dengan ketidaktentuan geopolitik menyokong permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pada 8 pagi, ringgit menurun kepada 4.0725/0780 berbanding dolar AS daripada 4.0715/0765 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, risiko geopolitik akan terus membentuk sentimen pasaran berikutan AS telah menolak pelan Iran untuk membuka semula Selat Hormuz.

Minggu lepas, Iran mencadangkan untuk membuka semula Selat Hormuz kepada kapal komersial dalam tempoh tujuh hari tetapi Trump menolak cadangan itu.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, Tehran akan menunggu maklum balas rasmi daripada pengantara.

“Peniaga juga akan memantau data pasaran tenaga kerja AS untuk petunjuk seterusnya mengenai hala tuju ekonomi,” katanya.  

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6333/6395 daripada 4.6378/6435 semasa ditutup pada Jumaat lepas dan naik berbanding pound kepada 5.3867/3940 daripada 5.3907/3973 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding yen Jepun kepada 2.5864/5900 daripada 2.5764/5797.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1851/1897 daripada 3.1858/1900 minggu lepas dan tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.1712/1946 daripada 12.2036/2234 sebelum ini.

Mata wang tempatan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 227.4/227.8 dan peso Filipina kepada 6.52/6.53.

-- BERNAMA

    

 

 

Must Watch Video

Advertisement