KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat peningkatan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Isnin susulan pengumuman data ekonomi negara maju itu pada minggu lepas yang kurang memberangsangkan, biarpun harga minyak mentah merosot, kata peniaga.
Pada 9.07 pagi ini, ringgit disebut harga pada paras 4.2000/2030 berbanding dolar AS daripada 4.2070/2080 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.
Menurut peniaga, data penggajian bukan perladangan AS menunjukkan ekonomi negara itu hanya menyaksikan pertambahan 199,000 pekerjaan pada bulan lepas dan susut berbanding 249,000 pada Nov, 2021.
"Walaupun indeks dolar AS susut berikutan laporan pekerjaan AS pada Disember lepas, dolar AS sebaliknya berkemungkinan tidak mengalami kesan berbanding ringgit pada minggu ini dan dijangka diniagakan pada paras 4.21 berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron," katanya.
Beliau berkata, ringgit juga berkemungkinan menyaksikan satu lagi pusingan jualan sekiranya kadar inflasi AS kembali melonjak dan disusuli dengan tindakan Rizab Persekutuan AS melaksanakan normalisasi dasar dengan lebih awal.
Sementara itu, setakat pagi ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, berkurangan 0.37 peratus kepada US$81.45 setong.
Pada sesi awal pagi ini, ringgit diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0983/1007 daripada 3.0958/0981 pada akhir Jumaat lepas dan rendah berbanding yen pada 3.6342/6371 daripada 3.6320/6336.
Ringgit juga susut berbanding pound Britain kepada 5.7091/7131 daripada 5.6999/7037 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding euro kepada 4.7691/7725 daripada 4.7602/7640.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Ringgit juga berkemungkinan menyaksikan satu lagi pusingan jualan sekiranya kadar inflasi AS kembali melonjak. - Gambar hiasan
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.