awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka meningkat sedikit berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
16/12/2022
02:15 MYT
Ringgit dibuka meningkat sedikit berbanding dolar AS
Pada 9 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.4110/4200 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell menyatakan pendirian lebih sederhana berkaitan kenaikan setengah mata peratusan kadar faedah utama negara itu kepada 4.5 peratus.
Pada 9 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.4110/4200 berbanding dolar AS daripada 4.4195/4260 pada akhir urus niaga semalam.
Peniaga ActivTrades Trader Dyogenes Rodrigues Diniz berkata kenaikan kadar faedah itu adalah seiring jangkaan, namun pelabur lebih menumpukan kenyataan oleh Powell yang memberi sedikit gambaran mengenai langkah seterusnya oleh bank pusat itu pada 2023.
"Powell berkata bahawa inflasi memaparkan tanda-tanda penurunan namun kekal tinggi yang boleh menyebabkan Fed mengekalkan pendirian mengekalkan dasar lebih ketat itu dalam beberapa bulan akan datang," katanya dalam nota tinjauan hari ini.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit naik sedikit berbanding pound Britain kepada 5.3896/3975 daripada 5.4410/4521 dan meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2549/2602 daripada 3.2554/2625 sebelum ini.
Unit tempatan itu turut mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2128/2177 daripada 3.2296/2364 namun rendah berbanding euro kepada 4.7032/7101 daripada 4.6845/6940.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#ActivTrades
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan