awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
28/10/2022
03:20 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7220/7250 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.7155/7185. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur terus menyokong dolar AS.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7220/7250 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.7155/7185.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata walaupun keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS berkembang sebanyak 2.6 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2022, kategori bagi barangan tahan lama teras untuk bulan September mencapai -0.5 peratus, di bawah jangkaan 0.2 peratus.
Sementara itu, Bank Pusat Eropah menaikkan kadar faedahnya lagi sebanyak 75 mata asas kepada 1.5 peratus, kadar tertinggi sejak 2009.
Di dalam negara, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.4558/4593 daripada 5.4516/4551 pada penutup Khamis, lemah berbanding dolar Singapura pada 3.3494/3520 berbanding 3.3448/3472 semalam dan turun berbanding yen Jepun pada 3.2208/2231 daripada 3.2194/2219 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding euro pada 4.7064/7094 daripada 4.7334/7364 pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#Rodrigues Diniz
#ActivTrades
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan