awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
15/12/2022
02:30 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.03 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.3955/4050 berbanding dolar AS daripada 4.3900/3955 semalam. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah pagi ini berikutan pelabur menilai impak daripada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang rendah terhadap pasaran, yang berpotensi membawa kepada penurunan nilai mata wang AS dalam jangka pendek.
Pada 9.03 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.3955/4050 berbanding dolar AS daripada 4.3900/3955 semalam.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata walaupun data inflasi lebih rendah daripada jangkaan, keputusan kadar faedah -- yang boleh meningkat kepada 4.5 peratus daripada 4.0 peratus pada masa ini - sejajar dengan jangkaan dan kenyataan Rizab Persekutuan AS yang menunjukkan kepada senario pengukuhan dasar monetari menjelang 2023.
"Berdasarkan ini, kemungkinan ringgit akan mencatatkan pembetulan meningkat dalam tempoh beberapa hari akan datang.
"Kadar faedah adalah elemen paling penting dalam menentukan nilai wang yang bergerak dalam ekonomi berikutan ia menentukan jumlah kerajaan akan membayar sekuriti hutang awam," katanya dalam nota hari ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan merosot berbanding pound kepada 5.4575/4692 daripada 5.4440/4509 pada Rabu dan susut berbanding euro kepada 4.6909/7010 daripada 4.6819/6878 semalam.
Bagaimanapun, ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2456/2531 daripada 3.2552/2608 semalam dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2610/2688 daripada 3.2627/2675 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#Dyogenes Rodrigues Diniz
#ActivTrades
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan