KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini susulan data ekonomi Amerika Syarikat yang positif terus menyokong mata wang Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
Pada 9.01 pagi, ringgit susut kepada 4.7440/7490 berbanding dolar AS daripada 4.7285/7325 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit akan kekal lemah bagi tempoh terdekat dan aliran itu berkemungkinan berterusan menjelang pengumuman data gaji bukan ladang (NFP) AS dijadualkan untuk dikeluarkan pada Jumaat depan.
Beliau juga berkata bahawa anggaran konsensus telah menambat NFP pada 205,000 pada bulan Mac, lebih rendah daripada paras pada bulan sebelumnya iaitu 275,000.
"Sehubungan itu, peserta pasaran sedang memantau data berkenaan untuk membentuk pendapat mereka mengenai prospek kadar faedah AS.
"Sebilangan besar penceramah Rizab Persekutuan (Fed) juga sudah bersedia untuk menentukan sentimen pasaran minggu ini dan teka-teki ini (keadaan yang tidak dapat dipastikan) akan memberi manfaat kepada dolar AS dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding euro kepada 5.0932/0985 daripada 5.1002/1045 ketika ditutup pada Isnin, melonjak berbanding pound Britain kepada 5.9513/9576 daripada 5.9674/9729 semalam bagaimana merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1270/1305 daripada 3.1232/1260 sebelumnya.
Ringgit juga kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9402/9584 daripada 12.9793/12.9949 ketika ditutup pada Isnin.
Bagaimanapun, ringgit berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.5065/5105 daripada 3.5054/5087 semalam, menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 298.4/298.8 daripada 297.4/297.8 sebelumnya dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.43 daripada 8.40/8.41.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Pada 9.01 pagi, ringgit susut kepada 4.7440/7490 berbanding dolar AS daripada 4.7285/7325 ketika ditutup pada Isnin. -Gambar fail/Bernama
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Anak muda bangkit gesa pemimpin buat pendirian tetap
Anak muda mula menunjukkan semangat kebangkitan tatkala dunia masih celaru untuk menghentikan kehilangan nyawa berterusan rakyat Palestin di Gaza. Suara yang diketepi diakhiri dengan protes besar-besar yang menjadi polemik dalam kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat ketika ini.
Migran banjiri 'Mount Street' dipindah ke penempatan baharu
200 buah khemah yang digunakan imigran di bandar Dublin dirampas dan dibersihkan dari pemandangan ibu negara Ireland pada pagi Rabu. Imigran yang berlindung di situ kemudian ditempatkan di pusat yang telah disediakan.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu meningkat
Katanya, Fed AS dilihat tidak tergesa-gesa meredakan pendirian dasar monetarinya dalam masa terdekat.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.