awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
418 Notis Pemberitahuan Kesalahan kes buang sampah kecil setakat 22 Januari - SWCorp
Kementerian Perpaduan lancar Koleksi Digital British Colonial Office
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang mesyuarat FOMC

Bernama
Bernama
09/12/2025
01:10 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang mesyuarat FOMC
Pada pembukaan dagangan, ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.47971/4930 daripada 5.4729/4789 semasa ditutup semalam, lemah berbanding euro kepada 4.7868/7984 daripada 4.7873/7926. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini dan dijangka mengekalkan dagangan dalam jajaran kecil seiring dengan sentimen pasaran yang bercampur-campur berikutan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) memulakan mesyuarat dua harinya bermula hari ini.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1120/1220 berbanding dolar AS daripada 4.1100/1145 semasa ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.10 peratus kepada 99.087 mata berikutan mesyuarat FOMC yang semakin hampir.
"Hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) juga lebih tinggi apabila peniaga dan pelabur pendapatan tetap semakin berhati-hati mengenai keputusan yang bakal diumumkan dan dijangka apabila mesyuarat FOMC berakhir esok," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata jangkaan penurunan kadar AS sebanyak 25 mata asas adalah keputusan yang pasti berdasarkan data pasaran buruh, perniagaan dan sentimen pengguna semasa.
"Bagaimanapun, hala tuju kadar faedah pada 2026 masih boleh dibincangkan walaupun Pengerusi Rizab Persekutuan yang baharu mungkin cenderung untuk melonggarkan dasar monetari," katanya.
Pada pembukaan dagangan, ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.47971/4930 daripada 5.4729/4789 semasa ditutup semalam, lemah berbanding euro kepada 4.7868/7984 daripada 4.7873/7926 namun meningkat sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.6384/6450 daripada 2.6429/6460 semalam.
Berbanding mata wang ASEAN, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1687/1769 daripada 3.1698/1735 semasa ditutup semalam, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 246.2/247.0 daripada 246.1/246.5 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8822/9224 daripada 12.9006/9204 semalam.
Bagaimanapun, ringgit hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.97/7.00 daripada 6.97/6.98.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#mesyuarat FOMC
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan