KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurun pada sesi pembukaan dagangan Isnin berikutan kekurangan pemangkin di tengah-tengah sentimen penolakan risiko yang semakin meningkat, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan menyusut kepada 4.5350/5405 berbanding dolar AS daripada 4.5340/5365 pada penutupan Khamis.
Pasaran ditutup pada Jumaat minggu lepas sempena sambutan Hari Malaysia 2022.
Dalam satu nota, Kenanga Research berkata pelabur terus memantau rapat dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat yang dilhat amat penting pada akhir minggu ini dengan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan dijangka meneruskan momentum kenaikan kadarnya.
"Ringgit diunjur diniagakan sekitar 4.52-4.55 berbanding dolar AS yang menjadi tempat perlindungan selamat di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko yang semakin meningkat dengan jangkaan Fed mungkin terus menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas lagi," katanya.
Namun begitu, penurunan selanjutnya mata wang tempatan diimbangi oleh kenaikan harga minyak yang pada masa ini penanda aras minyak mentah Brent meningkat 1.11 peratus kepada US$92.36 setong.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat nilai berbanding pound Britain kepada 5.1799/1862 daripada 5.2214/2242 pada penutup Khamis dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2236/2280 daripada 3.2238/2261 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 4.5395/5450 daripada 4.5317/5342 minggu lepas dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.1729/1770 daripada 3.1647/1666 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan menyusut kepada 4.5350/5405 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Perlawanan Piala Sumbangsih kekal berlangsung
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor akan kekal berlangsung Jumaat ini.
Isu tanah kubur Selat Klang: Waris, ahli keluarga mohon tangguh lagi
Waris dan ahli keluarga mendakwa tiada kata sepakat dicapai pada perjumpaan tertutup bagi membincangkan isu pengalihan tanah kubur di Selat Klang pada Ahad lalu.
[TERKINI] Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
Pantau Belanjawan: Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS)
NASA berjaya hantar isyarat komunikasi laser sejauh 226 juta km
Kali ini data daripada kapal angkasa Psyche yang membawa DSOC bajua
Hail Amir penyanyi yang tidak melupakan komposernya
Allahyarham Datuk Hail Amir atau Abdul Hail Amir disifatkan sebagai penyanyi malas segar yang tidak pernah lupa menyebut nama komposer yang pernah menulis lagu untuknya di pentas.
PRK KKB: Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi
Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam 11 pagi selasa.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Allahyarham.
Majlis pengebumian itu berjalan lancar yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan kepada Allahyarham.
“Sempat nyanyi Encik Hail jangan marah… dia senyum”- Uji Rashid
Uji Rashid anggap Hail Amir bukan sekadar sahabat, tetapi juga sudah seperti abang sendiri.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.