KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan andaian bahawa negara maju itu akan menunda pelaksanaan pengurangan kadar faedahnya berdasarkan pengumuman data-data ekonominya.
Pada 9.01 pagi ini, ringgit susut kepada 4.7350/7410 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada akhir Rabu.
Urus niaga ditutup semalam sempena cuti Nuzul al-Quran.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kalangan penggiat pasaran pertukaran asing kekal optimis terhadap dolar AS ketika Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.19 peratus kepada 104.546 mata.
"Pasaran seakan yakin bahawa ekonomi AS akan menyederhana. Walaupun Kadar Dana Rizab Persekutuan AS (Fed) telah mencecah paras kemuncak, Fed dijangka tidak akan mengubah haluannya dalam masa terdekat hanya kerana yakin kadar inflasi masih tinggi manakala ekonomi bergerak pada kadar biasa," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata data-data ekonomi AS juga kekal teguh dengan anggaran prestasi akhir suku keempat 2023 adalah lebih tinggi daripada jangkaan kepada 3.4 peratus bagi kadar tahunan pelarasan suku ke suku berbanding jangkaan pasaran sebanyak 3.2 peratus.
Malah, Gabenor Fed AS Christopher Waller dilaporkan berkata tiada sebarang keperluan untuk segera melaksanakan sebarang langkah bagi melonggarkan dasar monetari.
Ini berdasarkan data-data ekonomi yang diumumkan menunjukkan kewajaran melaksanakan pengurangan kadar itu lebih lewat lagi pada tahun ini.
Beliau turut membangkitkan keadaan bahawa ekonomi serta pengambilan pekerja yang kukuh sebagai alasan bagi Fed untuk menunda pelaksananaan itu selain mendapatkan keyakinan bahawa inflasi berada di landasan berterusan ke arah sasaran 2.0 peratus.
Pada masa sama, indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS yang akan diumumkan lewat malam ini, dijangka memberi kejelasan mengenai prospek kadar faedah di negara itu.
Di peringkat tempatan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali euro yang meningkat kepada 5.1062/1127 daripada 5.1233/1287, sebelum ini.
Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.9775/9850 daripada 5.9742/9805 dan rendah berbanding yen Jepun pada 3.1287/1329 daripada 3.1261/1298.
Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, termasuk meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9815/13.0058 daripada 12.9925/13.0130 dan tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.5079/5129 daripada 3.5112/5151.
Ringgit bagaimanapun hampir tidak berubah berbanding peso Filipina yang didagangkan di paras 8.41/8.42 daripada 8.41/8.43 dan susut berbanding rupiah Indonesia pada 298.5/299.1 daripada 298.3/298.8.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2024
Pada 9.01 pagi ini, ringgit susut kepada 4.7350/7410 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.