awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lebih 5,000 senjata api tiruan dirampas dalam serbuan di tiga negeri
MALAYSIA
P.Pinang lancar Silicon Research & Incubation Space pacu industri reka bentuk litar bersepadu
BISNES
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Ringgit dibuka teruskan momentum mengukuh, dolar AS kekal lemah

Bernama
Bernama
01/07/2025
02:00 MYT
Ringgit dibuka teruskan momentum mengukuh, dolar AS kekal lemah
Pada 8.01 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.1955/2160 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini, didorong oleh prestasi mata wang negara maju itu yang kekal lemah pada masa ini.
Pada 8.01 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.1955/2160 berbanding dolar AS daripada 4.2060/2130, semalam.
Indeks Dolar AS (DXY) juga terus merosot kepada 96.875 ketika pelabur menantikan data ekonomi penting dengan tempoh penangguhan tarif sebelah pihak dikenakan AS, kian tamat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil pulangan bon Perbendaharaan AS bagi tempoh dua dan 10 tahun masing-masing juga turun sebanyak satu dan lima mata asas, sekali gus menunjukkan kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) melonggarkan dasar monetari pada separuh kedua tahun ini.
"Selain itu, Presiden Donald Trump terus bersuara di media sosial bahawa kadar faedah seharusnya diturunkan. Ini mengukuhkan lagi pandangan bahawa pengerusi Fed yang seterusnya perlu mengambil pendekatan yang lebih cenderung menurunkan kadar faedah itu," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, harga minyak mentah Brent turun 0.24 peratus kepada US$67.61 setong.
Pasaran sebaliknya lebih memberi tumpuan pasaran kepada mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya (OPEC+) pada Ahad dengan negara-negara anggota dijangka menaikkan kuota pengeluaran bagi mendapatkan semula bahagian pasaran.
Sewaktu urus niaga dibuka, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama, namun kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang serantau ASEAN.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.9190/9335 daripada 2.9156/9206, turun berbanding pound British kepada 5.7617/7898 daripada 5.7597/7693 dan rendah berbanding euro kepada 4.9457/9698 daripada 4.9290/9372.
Unit tempatan itu juga rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3009/3176 daripada 3.2986/3034 namun mengukuh berbanding baht Thai kepada 12.9331/13.0059 daripada 12.9356/9627, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 258.3/259.7 daripada 259.0/259.5 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.44/7.49 daripada 7.46/7.48.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami