awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tidak berubah susulan kurang permintaan

Bernama
Bernama
17/06/2020
03:13 MYT
Ringgit dibuka tidak berubah susulan kurang permintaan
Ringgit juga mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0647/0718 daripada 3.0713/0770 semalam dan tidak berubah berbanding yen Jepun pada 3.9765/9860.
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan permintaan ketika para pelabur terus menunggu pemangkin pasaran.
Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.2700/2790 yang menyamai paras sewaktu ditutup semalam.
Dalam pada itu, seorang penganalisis berkata penyelidik menemui data menggalakkan yang menunjukkan Dexamethasone - sejenis ubat antiradang dapat membantu menangani COVID-19.
Perkembangan itu berlaku ketika jumlah jangkitan baharu di Beijing mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya gelombang pandemik terbaharu.
"Pasaran akan terus terjejas selagi tiada tanda-tanda penularan itu akan reda serta bukti keberkesanan Dexamethasone di kawasan lain," katanya.
Selain itu, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, telah melepasi paras US$40 setong dan dijangka pulih jika momentum ekonomi dunia terus meningkat.
Bagaimanapun, penganalisis menganggarkan pemulihan akibat penyusutan permintaan minyak mentah dunia itu akan memakan masa selama dua tahun.
Selain itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0647/0718 daripada 3.0713/0770 semalam dan tidak berubah berbanding yen Jepun pada 3.9765/9860.
Berbanding pound Britain, ringgit naik kepada 5.3665/3796 daripada 5.4058/4151 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8123/8241 daripada 4.8388/8480 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#dexamethasone
#dolar
#gelombang
#minyak mentah
#pandemik
#pelabur
#penganalisis
#penyelidik
#permintaan kurang
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan