KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri penyusutannya selama tiga hari berturut-turut apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan kemerosotan dolar AS selepas data Indeks Harga Pengguna AS pada April yang dikeluarkan malam tadi adalah lebih rendah daripada jangkaan.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menokok kepada 4.4470/4505 berbanding dolar AS daripada 4.4565/4605 sewaktu ditutup pada Rabu.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar inflasi AS menyederhana kepada 4.9 peratus tahun ke tahun pada April, lebih rendah berbanding anggaran konsensus sebanyak lima peratus.
Sementara itu, kadar inflasi teras berada pada 5.5 peratus, selari dengan ramalan konsensus.
"Pada umumnya, kadar inflasi AS adalah lebih rendah secara berperingkat selepas mencapai 9.1 peratus pada Jun tahun lepas, menunjukkan bahawa pendirian dasar monetari yang terbatas oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS telah menyebabkan inflasi meskipun melebihi sasaran dua peratus.
"Oleh itu, peluang untuk Kadar Dana Fed berhenti seketika semakin meningkat dan mengakibatkan kemerosotan dolar AS. Sehubungan itu, ringgit mungkin menokok berbanding unit negara maju hari ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit menyusut berbanding euro kepada 4.8877/8915 daripada 4.8830/8874 sewaktu ditutup pada Rabu dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.3162/3190 daripada 3.2962/2994 semalam, namun lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.6188/6232 daripada 5.6254/6305 sebelum ini.
Pada masa sama, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Ringgit naik berbanding baht Thailand kepada 13.2331/2495 daripada 13.2354/2528 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 301.8/302.2 daripada 302.4/302.8 semalam.
Bagaimanapun, mata wang tempatan turun kepada 3.3588/3619 berbanding dolar Singapura daripada 3.3563/3596 pada Rabu dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.00/8.01 daripada 8.00/8.01 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menokok kepada 4.4470/4505 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Anak muda bangkit gesa pemimpin buat pendirian tetap
Anak muda mula menunjukkan semangat kebangkitan tatkala dunia masih celaru untuk menghentikan kehilangan nyawa berterusan rakyat Palestin di Gaza. Suara yang diketepi diakhiri dengan protes besar-besar yang menjadi polemik dalam kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat ketika ini.
Migran banjiri 'Mount Street' dipindah ke penempatan baharu
200 buah khemah yang digunakan imigran di bandar Dublin dirampas dan dibersihkan dari pemandangan ibu negara Ireland pada pagi Rabu. Imigran yang berlindung di situ kemudian ditempatkan di pusat yang telah disediakan.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.