KUALA LUMPUR: Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS apabila dibuka tinggi pagi ini mendapat rangsangan daripada petunjuk positif domestik dan disokong oleh keadaan luar yang bertambah baik. 

Pada 9 pagi, ringgit mencecah paras 4.6 dan dibuka pada 4.6830/6895 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7025/7080 semalam.

Unit tempatan kali terakhir diniagakan pada paras ini ialah pada 16 Jan, berada pada 4.6945 berbanding dolar AS.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit kelihatannya mencatatkan trend meningkat minggu ini.

“Data eksport China yang tinggi mengatasi jangkaan membayangkan sektor luar China semakin bertambah baik dan yuan dijangka mendapat sokongan yang baik dan memandangkan ringgit juga berkorelasi positif dengan yuan, ia mungkin memberikan sokongan kepada ringgit hari ini,” katanya kepada Bernama. 

Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 6.0017/0101 daripada 5.9952/6.0022 pada Khamis, turun berbanding euro kepada 5.1288/1359 daripada 5.1257/1317 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1702/1748 daripada 3.1778/1817 sebelumnya.

Sementara itu ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain. 

Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1778/2024 daripada paras penutup pada 13.2130/2340 Khamis, naik berbanding dolar AS kepada 3.5147/5199 daripada 3.5201/5247, menokok berbanding rupiah Indonesia kepada  299.1/299.6 daripada 300.3/300.8 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.41 daripada 8.42/8.43.

-- BERNAMA