awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan ASEAN, menjelang pengumuman KDNK Malaysia

Bernama
Bernama
14/02/2025
01:30 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan ASEAN, menjelang pengumuman KDNK Malaysia
Ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama kecuali euro, unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.6373/6613 daripada 4.6419/6487 semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang negara ASEAN pada Jumaat, menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2024 hari ini, kata seorang penganalisis.
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4325/4555 berbanding dolar AS daripada 4.4535/4600 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pertumbuhan suku keempat Malaysia dijangka pada 4.8 peratus dan pertumbuhan 2024 diunjurkan pada 5.1 peratus, menunjukkan bahawa ekonomi telah berkembang pada kadar memuaskan tahun lepas.
"Mungkin, ini akan mendorong bank pusat untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.00 peratus yang akan menyokong ringgit, disebabkan negara anggota ASEAN telah mula melonggarkan dasar monetarinya," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) turun 0.58 peratus kepada 107.313 mata manakala peningkatan pasaran ekuiti dan bon turut menyokong ringgit.
Ringgit dijangka positif hari ini, melepasi paras RM4.45, katanya.
Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama kecuali euro, unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.6373/6613 daripada 4.6419/6487 semalam.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8978/9130 daripada 2.8917/8961 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5690/5979 daripada 5.5615/5696 pada Khamis.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2987/3166 daripada 3.2999/3049 dan menokok berbanding baht Thailand kepada 13.1595/2380 daripada 13.1644/1906 sebelumnya.
Mata wang tempatan turut naik berbanding rupiah Indonesia kepada 270.9/272.4 daripada 272.1/272.7 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.63/7.68 daripada 7.67/7.68 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#KDNK
#dasar monetari negara ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan