awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, China dijangka buka semula sempadan

Bernama
Bernama
08/11/2022
03:00 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, China dijangka buka semula sempadan
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.7350/7390 daripada penutupan urus niaga hari Isnin 4.7385/7420. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini disokong oleh sentimen positif mengenai kemungkinan pembukaan semula sempadan China dan pergerakan rancak ekuiti negara itu, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.7350/7390 daripada penutupan urus niaga hari Isnin 4.7385/7420.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen positif itu boleh mendorong ringgit untuk melonjak lebih tinggi memandangkan hubungan perdagangan Malaysia yang rapat dengan China.
"Walaupun ia (pembukaan semula China) lebih kepada manipulasi berbanding realiti, pelabur boleh mula menambah lebih banyak risiko tempatan pada pegagan mereka dan meluaskan pengambilan risiko masing-masing.
"Bagaimanapun, menjelang pilihan raya umum tempatan, saya menjangkakan permintaan luaran terhadap ringgit kekal lesu," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3807/3840 daripada 3.3731/3761 pada penutup Isnin dan lemah berbanding yen Jepun pada 3.2319/2348 daripada 3.2303/2329 sebelumnya.
Mata wang tempatan turut turun berbanding euro kepada 4.7468/7508 daripada 4.7323/7358 semalam dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4599/4645 daripada 5.4227/4267.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan