Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan meningkat memandangkan minat risiko pelabur menjadi lebih baik menjelang pengumuman pakej rangsangan ekonomi oleh kerajaan hari ini.
Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat 100 mata asas kepada 4.2130/2200 berbanding dolar AS daripada 4.2230/2280 ketika ditutup pada Rabu.
Pakej itu bertujuan merangsangkan ekonomi Malaysia dan mengurangkan kesan buruk yang timbul daripada penularan COVID-19 serta ketidaktentuan luaran lain.
Ia akan diumumkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pengumuman (pakej rangsangan) ini akan membantu memulihkan keyakinan pelabur dalam pasaran, yang telah mengalami tekanan baru-baru ini disebabkan ketidakpastian dalam landskap politik tempatan serta COVID-19," menurut catatan di akaun Twitter beliau semalam.
Malaysia bukan satu-satunya negara yang merancang pakej rangsangan bagi menangani krisis berikutan penularan COVID-19.
Singapura dilaporkan merupakan negara pertama di rantau ini yang memperkenalkan pakej rangsangan, seperti yang diumumkan minggu lepas sempena pembentangan belanjawan republik itu, diikuti Indonesia dan paling terbaru, Hong Kong.
Thailand turut bercadang mengemukakan langkah yang sama kepada kabinetnya pada pertengahan Mac.
Ia berharap dapat menyelamatkan segera ekonominya, terutama sektor pelancongan yang amat penting setelah terjejas teruk ekoran jangkitan tersebut.
Sementara itu, Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata pelabur asing telah membuat permintaan semula terhadap bon Malaysia memandangkan Bank Negara Malaysia dijangka mengurangkan kadar faedah pada tempoh akan datang.
"Ia satu langkah positif yang kecil dalam tempoh bebanan politik semasa, yang terus mempengaruhi ringgit," katanya.
Sementara itu, ringgit juga didagangkan tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0149/0210 daripada 3.0205/0245 ketika ditutup pada Rabu serta tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.8185/8259 daripada 3.8280/8335.
Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.4407/4514 daripada 5.4679/4761 semalam dan stabil berbanding euro kepada 4.5909/6002 daripada 4.5980/5047.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 27 2020
Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.4407/4514 daripada 5.4679/4761 semalam dan stabil berbanding euro kepada 4.5909/6002 daripada 4.5980/5047. - Gambar fail
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.