KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meneruskan momentum positifnya berbanding dolar AS minggu depan, di tengah-tengah kelemahan berpanjangan dolar AS berikutan pelbagai perkembangan di pasaran yang menjejaskan mata wang itu, menurut penganalisis.
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS telah merosot berbanding ringgit akibat data ekonomi yang bercampur-campur daripada Amerika Syarikat.
"Sebaliknya, jumlah tuntutan pengangguran awal berlaku lebih rendah daripada jangkaan, yang kebiasaannya optimis kepada dolar AS, dan data jualan rumah yang dinantikan jauh lebih lemah daripada jangkaan, menjadikan unit negara maju itu berada di bawah tekanan.
"Data keluaran dalam negara kasar AS (untuk suku pertama) yang seiring dengan jangkaan, gagal untuk melenyapkan keraguan pelabur terhadap pemulihan ekonomi AS," katanya.
Beliau berkata ini mendorong kepada jualan besar-besaran dolar AS ketika pelabur membeli lebih banyak ekuiti berikutan harapan bahawa rangsangan ekonomi akan kekal lebih lama.
"Sehubungan itu, ringgit dijangka diniagakan sehingga paras 4.1000 berbanding dolar AS pada minggu depan," katanya.
Sementara itu seorang lagi penganalisis berkata kestabilan harga minyak, disertai penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent yang ketika ini melepasi US$69 setong akan turut memberi manfaat kepada prestasi ringgit.
Beliau berkata sekiranya harga minyak menokok sehingga AS$70 setong, bukan sahaja ringgit, malah mata wang lain turut menerima rangsangan, yang mana minyak menjadi satu daripada sumber hasil negara.
Di dalam negara, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Jumaat berkata sepanjang tempoh berkenaan, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan MKN.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
Bagi asas mingguan, ringgit menokok berbanding dolar AS kepada 4.1320/1350 daripada 4.1390/1430 pada minggu sebelumnya.
Unit tempatan itu kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.7598/7629 daripada 3.8074/8118 pada minggu sebelumnya, menokok berbanding pound Britain kepada 5.8604/8651 daripada 5.8832/8897 dan naik berbanding euro kepada 5.0344/0385 daripada 5.0595/0656.
Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1213/1238 daripada 3.1099/1141 pada minggu sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 29 2021
Ringgit dijangka diniagakan sehingga paras 4.1000 berbanding dolar AS pada minggu depan.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.