awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit diniaga tinggi menjelang keputusan kadar faedah AS

Bernama
Bernama
14/12/2022
03:30 MYT
Ringgit diniaga tinggi menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.4050/4130 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4320 pada penutup semalam. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, walaupun pasaran masih tidak tahu apa yang boleh diharapkan daripada keputusan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang akan datang, kata seorang peniaga.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.4050/4130 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4320 pada penutup semalam.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata penurunan dalam kadar inflasi AS baru-baru ini memberikan isyarat yang jelas kepada pelabur bahawa Rizab Persekutuan AS mungkin tidak perlu bertindak secara agresif sepanjang tahun depan dan mengguna pakai nada yang lebih memihak kepada pertumbuhan ekonomi sepanjang 2023.
Data inflasi AS mencatatkan angka yang lebih rendah daripada jangkaan (7.1 peratus berbanding unjuran 7.3 peratus).
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih lemah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.4419/4518 daripada 5.4307/4381 pada penutup Selasa dan lemah berbanding euro menjadi 4.6843/6928 daripada 4.6646/6709 semalam.
Ringgit turut menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2702/2767 daripada 3.2640/2689 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2550/2614 daripada 3.2142/2188 pada penutupan Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#Dyogenes Rodrigues Diniz
#ActivTrades
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan