KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula untuk ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan minat risiko yang bertambah baik disebabkan prestasi yuan China yang positif, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7205/7270 berbanding dolar AS daripada 4.7340/7390 semasa ditutup pada Jumaat.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit secara umumnya berada dalam kedudukan lebih kukuh hari ini, meningkat lebih 0.25 peratus berbanding dolar AS.
Beliau berkata ini selari dengan prestasi yuan China, menokok 0.26 peratus kepada 7.2106 yuan bagi setiap dolar AS.
Kenyataan Perdana Menteri China Li Qian pada Ahad lepas menunjukkan kadar inflasi rendah di negara itu di tengah-tengah beban hutang yang rendah oleh kerajaan pusat, memberikan maksud ia mempunyai ruang dasar untuk menetapkan lebih banyak dasar penstabilan.
"Keadaan ini mungkin telah menyumbang kepada sentimen positif terhadap yuan. Ia, seterusnya, turut membantu meningkatkan nilai ringgit memandangkan korelasi positif antara yuan dan mata wang tempatan," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding euro kepada 5.1066/1137 daripada 5.1203/1257 semasa ditutup pada Jumaat dan berbanding pound Britain kepada 5.9549/9631 daripada 5.9582/9645.
Ringgit turut meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1185/1230 daripada 3.1223/1258 pada Jumaat.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang Asean lain.
Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.9627/9866 berbanding 13.0116/0318 pada Jumaat dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 298.7/299.3 daripada 299.8/300.4.
Unit tempatan turut meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5060/5111 daripada 3.5106/5145, dan berbanding peso Filipina, ia diniagakan tinggi kepada 8.37/8.39 daripada 8.41/8.42 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Mohd Afzanizam berkata ringgit secara umumnya berada dalam kedudukan lebih kukuh hari ini, meningkat lebih 0.25 peratus berbanding dolar AS. - Gambar fail/Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.