Skip to main content

Hiburan

Siaran radio dalam terjunan bebas 13,000 kaki: MBSB Bank sokong ERA cipta sejarah raih Rekod ASEAN, Asia

Bagi menjayakan cabaran itu, sebanyak tiga terjunan tandem telah dilaksanakan daripada altitud keluar pesawat setinggi 13,000 kaki. - Astro Radio
Bagi menjayakan cabaran itu, sebanyak tiga terjunan tandem telah dilaksanakan daripada altitud keluar pesawat setinggi 13,000 kaki. - Astro Radio
Advertisement

RAYONG: MBSB Bank terus membuktikan komitmennya dalam menyokong inisiatif berimpak tinggi dan luar biasa apabila menjadi penaja utama kepada cabaran bersejarah yang membolehkan ERA mencipta pengiktirafan ASEAN Records dan ASIA Records menerusi kategori “First and Highest Altitude Radio Breakfast Show Talk Sets Hosted and Recorded in Freefall” (Sesi Bual Bicara Program Pagi Radio Pertama dan pada Altitud Tertinggi yang Dikendalikan serta Dirakam Semasa Terjunan Bebas).

Pencapaian tersebut direkodkan di Dropzone Thailand, Rayong, menerusi cabaran khas “Dari Udara Ke Udara” yang menyaksikan penyampai 3 Pagi ERA, Nabil Ahmad dan Azad Jasmin, berjaya mengendalikan serta merakam kandungan radio ketika melakukan terjunan bebas secara tandem dari altitud 13,000 kaki.

Bagi menjayakan cabaran itu, sebanyak tiga terjunan tandem telah dilaksanakan daripada altitud keluar pesawat setinggi 13,000 kaki. Nabil Ahmad melengkapkan dua terjunan, termasuk satu terjunan tambahan bagi menggantikan rakannya, Radin, yang tidak dapat menyertai cabaran berkenaan kerana sedang menunaikan ibadah umrah. Azad Jasmin pula melengkapkan satu terjunan tandem sebagai sebahagian daripada percubaan tersebut.

Advertisement

Sepanjang cabaran berlangsung, rakaman audio dilakukan secara berterusan bermula dari proses berlepas, pendakian pesawat ke altitud penerjunan, sesi terjunan bebas, penerbangan menggunakan payung terjun sehingga pendaratan selamat. Keseluruhan rakaman kemudiannya disiarkan menerusi siaran khas 3 Pagi ERA selama dua jam dari jam 4 petang hingga 6 petang pada hari yang sama, sekali gus membolehkan pendengar mengikuti pengalaman luar biasa itu secara eksklusif.

Image
[INSERT]_rekod era 3_astro radio

Menurut Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin, kejayaan tersebut membuktikan keberanian serta kreativiti ERA dalam menghasilkan pengalaman penyiaran yang belum pernah dilakukan sebelum ini, selain menyerlahkan pentingnya sokongan strategik daripada MBSB Bank dalam merealisasikan idea yang mencabar kebiasaan industri radio.

Advertisement

"Kami amat bersyukur kerana berjaya mencipta sejarah menerusi pengiktirafan ASEAN Records dan ASIA Records. Pencapaian ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh MBSB Bank sebagai penaja utama kepada cabaran ini.

"Sebagai jenama radio yang sentiasa berpegang kepada semangat Be Bold, kami sentiasa mencari pendekatan baharu untuk menghiburkan pendengar. Dengan sokongan MBSB Bank, kami berjaya membuktikan bahawa radio masih mampu mencipta pengalaman yang unik, inovatif dan mencabar batasan konvensional penyiaran," katanya.

Image
[INSERT]_rekod era 2_astro radio

Azah berkata, kejayaan tersebut menjadi lebih bermakna apabila pasukan ERA berjaya menyempurnakan cabaran berkenaan selepas berdepan dengan cabaran logistik yang tidak dijangka.

Menurut beliau, percubaan asal dijadualkan berlangsung pada 18 November 2026 di Drop Zone Skydive Terengganu, Marang, namun masalah teknikal yang menyebabkan pesawat tidak dapat beroperasi memaksa pasukan membuat keputusan pantas untuk memindahkan lokasi cabaran ke Thailand dalam tempoh kurang daripada dua hari.

"Apabila berlaku isu teknikal yang menyebabkan penerbangan tidak dapat diteruskan seperti dirancang, kami perlu membuat keputusan segera bagi memastikan cabaran ini dapat diteruskan. Semangat seluruh pasukan untuk menjayakan misi ini akhirnya membawa kami ke Rayong, Thailand, dan alhamdulillah segala usaha tersebut membuahkan hasil yang membanggakan."

Beliau turut memuji komitmen dan keberanian Nabil Ahmad dan Azad Jasmin yang sanggup menyahut cabaran luar biasa itu demi mencipta sejarah baharu dalam industri radio.

"Apa yang menjadikan pencapaian ini begitu istimewa ialah kesanggupan Nabil dan Pak Azad untuk keluar daripada zon selesa mereka. Cabaran ini memerlukan latihan rapi, ketahanan mental, disiplin serta keyakinan yang tinggi. Mereka berjaya membuktikan bahawa keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu mampu menghasilkan pencapaian luar biasa."

Image
[INSERT]_rekod era 1_astro radio

Sementara itu, semakan perbandingan yang dijalankan oleh ASEAN Records dan ASIA Records sebelum percubaan berkenaan mendapati tiada rekod terdahulu di negara-negara ASEAN mahupun pasaran utama Asia yang pernah merekodkan sesi bual bicara program radio sarapan dikendalikan dan dirakam ketika melakukan terjunan bebas. Pencapaian ERA menerusi tiga terjunan tandem dari altitud 13,000 kaki sekali gus meletakkan penanda aras rasmi bagi kategori “First and Highest Altitude Radio Breakfast Show Talk Sets Hosted and Recorded in Freefall”.

Azah turut merakamkan penghargaan kepada MBSB Bank atas kepercayaan yang diberikan sepanjang perancangan dan pelaksanaan projek tersebut.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MBSB Bank yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan ini. Sokongan yang diberikan bukan sahaja membantu merealisasikan cabaran ini, malah membolehkan ERA mencipta satu pencapaian yang membanggakan negara di peringkat ASEAN dan Asia.

"Penghargaan juga kepada pasukan produksi, kru teknikal, jurulatih penerjunan profesional, rakan kerjasama strategik serta seluruh warga kerja ERA dan Astro Audio yang telah bertungkus-lumus memastikan setiap aspek cabaran ini berjalan lancar, selamat dan berjaya direalisasikan."

Mengulas mengenai sokongan pendengar, Azah berkata kejayaan tersebut didedikasikan khas buat seluruh pendengar setia ERA yang sentiasa menjadi sumber inspirasi untuk stesen radio itu terus menghasilkan kandungan kreatif dan menghiburkan.

"Pendengar merupakan inspirasi terbesar kami untuk terus mencabar diri menghasilkan kandungan yang segar dan berbeza. Kejayaan ini adalah milik mereka juga. Kami berharap pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk ERA terus meneroka idea baharu dan mencipta lebih banyak pengalaman luar biasa pada masa hadapan."

Pencapaian bersejarah yang direalisasikan hasil kerjasama antara ERA dan MBSB Bank ini sekali gus membuktikan bahawa gabungan kreativiti, keberanian, daya tahan serta sokongan strategik mampu mencipta impak luar biasa dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat ASEAN dan Asia. 

Selain mengiktiraf kemampuan industri radio tempatan untuk terus berinovasi, kejayaan ini turut memperlihatkan bagaimana kerjasama kukuh antara media dan jenama korporat mampu menghasilkan pencapaian bertaraf antarabangsa yang memberi inspirasi kepada industri penyiaran serantau.

 

Must Watch Video

Advertisement