KUALA LUMPUR: Ringgit menutup minggu urus niaga yang pendek dengan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan data ekonomi AS yang lebih lemah minggu ini yang mendahului pengumuman data pekerjaan utama AS lewat malam ini.
Selain itu dengan pemotongan kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah (ECB) dan Bank of Canada menunjukkan prospek kadar faedah global yang lebih rendah tahun ini.
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.6900/6940 berbanding dolar AS daripada 4.6935/6965 yang dicatatkan semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perkembangan ekonomi global terkini memberi gambaran kepada pasaran bahawa kadar faedah telah memuncak dan Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin akan menurunkannya, walaupun agak lambat sedikit.
"ECB mengurangkan kadar faedahnya semalam buat kali pertama sejak 2019 apabila inflasi di zon euro beransur-ansur mereda manakala Bank of Canada mengurangkan kadar dasar utamanya pada Rabu, dan kami menjangka Amerika Syarikat akan mengambil langkah yang sama," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, data senarai gaji bukan ladang AS akan dikeluarkan lewat malam ini.
Pada penutup urus niaga, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.0163/0190 daripada 3.0094/0113, jatuh berbanding pound Britain kepada 6.0009/0060 daripada 5.9997/6.0035 sebelumnya dan lebih rendah berbanding euro kepada 5.1079/1122 daripada 5.1065/1098.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8465/8627 daripada 12.8660/8798 tetapi tidak berubah berbanding peso Filipina dan kekal kepada 8.01/8.02 sejak ditutup semalam.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4872/4905 daripada 3.4842/4866 semalam, dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 289.5/289.9 daripada 288.6/288.8 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
Pada penutup urus niaga, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama. - Gambar fail/Bernama
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur sejajar dengan pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran serantau, kata peniaga.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini disokong oleh faktor asas yang menggalakkan terutamanya kekurangan bekalan getah di tengah-tengah permintaan yang semakin baik terhadap getah asli.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam 44 bulan, didorong data ekonomi yang kukuh
Bursa Malaysia melonjak 1.53 peratus hari ini, dengan indeks komposit berakhir pada paras tertinggi dalam 44 bulan, didorong oleh sentimen positif susulan data ekonomi tempatan yang kukuh.
Pasaran getah ditutup rendah seiring kejatuhan niaga hadapan getah serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa disebabkan kejatuhan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7065/7100 berbanding dolar AS daripada 4.7080/7100 pada Khamis.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.6900/6940 berbanding dolar AS daripada 4.6935/6965 yang dicatatkan semalam.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.7150/7190 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7020/7055 pada Khamis.