KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga hari pertama Oktober dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin walaupun harga minyak mentah meningkat, kata penganalisis.
Pada 6.01 petang, ringgit susut kepada 4.6470/6500 berbanding dolar AS daripada 4.6360/6390 pada akhir Jumaat lepas.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran dalam keadaan tidak menentu manakala permintaan terhadap aset berisiko Asia pula suram susulan kemerosotan ketara aset risiko United Kingdom pada minggu lepas.
"Agak mengejutkan apabila ringgit tidak mengukuh ketika harga minyak naik dua peratus dengan pihak Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) berkemungkinan mengurangkan pengeluaran untuk memastikan asas harga lebih rendah.
"Prestasi dolar AS dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di luar negara kekal menjadi kekangan utama susulan pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung menaikkan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Bhd Firdaos Rosli berkata berkata dagangan ringgit pada minggu ini akan bergantung kepada pengumuman laporan gaji bukan perladangan akan datang AS serta kenyataan pegawai Fed.
Menurutnya, pasaran akan turut menumpukan kepada hasil persidangan Parti Konservatif United Kingdom, data tinjauan Indeks Pengurus Pembelian bagi negara-negara ekonomi utama serta mesyuarat OPEC.
"Pergerakan ringgit akan turut dipengaruhi oleh pengumuman Bajet 2023 pada 7 Oktober ini selain perkembangan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lebih awal.
"Ini akan menunjukkan jangkaan mengenai inflasi dalam bulan-bulan akan datang selain menggambarkan hasrat sama ada Bank Negara Malaysia akan bertindak menaikkan lagi Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas pada awal November ini," katanya.
Sehubungan itu, beliau menjangkakan ringgit diniagakan secara menyederhana dalam jajaran RM4.644 hingga RM4.655 pada minggu ini.
Sementara itu, ringgit diniagakan secara bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.
Unit tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.1963/1996 daripada 5.1728/1762 pada Jumaat dan rendah sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2354/2379 daripada 3.2343/2368.
Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding yen kepada 3.2015/2040 daripada 3.2103/2126 dan naik berbanding euro kepada 4.5355/5384 daripada 4.5428/5458.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022

Ringgit diniagakan secara bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain. - Gambar/ Astro AWANI

Penat dengan politik Bollywood punca Priyanka Chopra bawa diri
Chopra Jonas menyifatkan kehadirannya dalam industri Bollywood seolah ditolak ke satu sudut ketika itu.

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam.

KPM rangka pelan tangani isu guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui guru bersara awal adalah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh.

Lawatan rasmi buka lembaran hubungan strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi ke China hari ini sehingga 1 April ini. Lawatan rasmi ini bakal membuka lembaran baharu dalam mengukuhkan hubungan strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing ke arah yang lebih komprehensif. Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad kini berada di Beijing untuk membawakan perkembangan terperinci jadual padat Perdana Menteri di China.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah, saingan kepada bazar biasa

Presiden UMNO sahkan Ketua Menteri Melaka letak jawatan
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri. Perkara itu disahkkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil menyatakan beliau menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk mempersembah nama calon Ketua Menteri baharu.

Kos Sara Hidup | Bazar Ramadan Rahmah jadi tumpuan

Harga siling ayam dan telur diputuskan Khamis
Kerajaan berkemungkinan akan mengumumkan harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang perayaan Aidilfitri esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada Rabu.

Sulaiman letak jawatan, Melaka bakal dapat Ketua Menteri baharu
Desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka akhirnya terjawab dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.

Tunggu pengumuman rasmi sikit masa lagi - Ab Rauf
Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meminta semua pihak bersabar dan menunggu pengumuman rasmi berhubung desas-desus pertukaran Ketua Menteri Melaka, Jumaat ini.

Ringgit susut berterusan pada 2022 susulan kenaikan agresif kadar faedah AS - BNM
Kadar pertukaran ringgit menyaksikan tempoh penurunan nilai berterusan berbanding dolar AS pada 2022 susulan tindakan Rizab Persekutuan AS menaikkan dasar kadar faedah secara agresif.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.3940/3980 berbanding dolar AS daripada kadar penutupan urus niaga Selasa 4.3990/4030.

Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI
Jumlah import Sarawak meningkat sebanyak 45.5 peratus bernilai RM 34.29 bilion pada 2022, demikian menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Pada 9 pagi, nilai mata wang tempatan melantun kepada 4.3850/3900 berbanding dolar AS daripada kadar penutup urus niaga Isnin pada 4.4190/4240.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan lengang
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS selepas bergerak dalam julat terhad hari ini disebabkan aktiviti dagangan yang lengang, kata seorang penganalisis.

Ringgit akhiri aliran meningkat ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri peningkatannya selama empat hari berturut-turutnya dengan ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini.

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4160/4200 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4530/4580 pada Rabu.

Nilai ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam sesi awal urus niaga
Kebanyakan pakar percaya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) tidak akan menaikkan kadar faedahnya pada hari Rabu.

Ringgit kekal lebih tinggi berbanding dolar AS semasa awal dagangan
Ringgit mengekalkan aliran meningkat berbanding dolar AS semasa awal dagangan hari ini.

Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit kepada 4.4830/4885 berbanding dolar AS daripada 4.4850/4880 pada Jumaat lepas.