KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini susulan permintaan lemah terhadap mata wang tempatan disebabkan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global yang suram.
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.6720/6765 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6615/6655 pada Selasa.
Ketua ahli ekonomi dan ketua kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kerajaan Jepun juga melahirkan kebimbangannya terhadap kekukuhan dolar AS ketika negara itu sedang dalam usaha menangani penurunan yen.
Menurut laporan, yen Jepun turun ke paras terendahnya dalam tempoh 10 bulan berbanding dolar, menjadikan para peniaga memantau rapat kemungkinan lebih banyak intervensi daripada kerajaan Jepun.
"Bank pusat Amerika Syarikat (AS) dijangka mengekalkan pendirian monetari ketat mereka, yang seterusnya memberikan sokongan terhadap dolar AS.
"Ia (bank pusat AS) memberikan isyarat yang berbeza-beza berhubung kadar faedah. Tetapi apa yang pasti adalah Rizab Persekutuan AS dijangka mengekalkan pendirian menaikkan kadar faedahnya susulan keadaan pasaran buruh negara itu yang berdaya tahan," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan susut berbanding euro kepada 5.0145/0193 daripada paras penutup 5.0088/0131 pada Selasa, turun berbanding pound Britain kepada 5.8657/8713 daripada 5.8534/8585 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.1694/1727 daripada 3.1670/1699 sebelumnya.
Pada masa yang sama, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4308/4343 daripada paras penutup 3.4238/4272 pada Selasa dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 13.1532/1710 daripada 13.1388/1567.
Unit tempatan juga susut berbanding rupiah Indonesia kepada 305.5/305.8 daripada 305.2/305.6 dan rendah sedikit berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.21 daripada 8.19/8.21 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Pada masa yang sama, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain. - Gambar fail/Bernama
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Mahkamah Nepal perintah had permit mendaki Everest
Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.
Hospital khas Kuwait di Rafah mohon perlindungan antarabangsa
Hospital Khas Kuwait turut diduduki sebilangan besar delegasi perubatan dari Malaysia dan Indonesia.
Iraq-Syria tandatangani perjanjian, perangi puak pengganas
Kementerian Luar Iraq dan Syria tandatangani perjanjian keselamatan pada Ahad, antara lain merangkumi usaha memerangi dadah, mengawal sempadan antarabangsa, dan menghapuskan kumpulan pengganas.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
Bank Dunia ikrar sokongan kecemasan
Bank Dunia menyediakan bantuan kecemasan kepada Rio Grande do Sul, yang terjejas teruk akibat hujan dan banjir baru-baru ini, dengan angka kematian mencecah 136 orang.
Seorang lagi warga India ditangkap di Kanada
Polis Kanada telah menangkap seorang lagi warga India berhubung pembunuhan pemimpin Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lepas pada Sabtu.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7460/7490 berbanding dolar US daripada 4.7380/7425 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7340/7390 berbanding dolar AS 4.7140/7170 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7580/7620 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7585/7635 pada Selasa.
Sentimen positif dorong ringgit mengukuh berbanding dolar AS, mata wang lain
Pada 6 petang, kadar tukaran ringgit/dolar AS di paras 4.7585/7635 berbanding 4.7750/7795, semalam.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7710/7800 berbanding dolar AS daripada 4.7920/7965 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.7850/7890 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7595/7705 berbanding dolar AS daripada 4.7705/7745 pada Khamis.