awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
27/08/2021
14:32 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Seorang lagi penganalisis berkata sentimen bagi ringgit juga didorong oleh pengukuhan harga minyak mentah yang meningkat 1.44 peratus kepada US$72.09 setong. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila pengumuman barisan Kabinet baharu memberikan lebih keyakinan dalam kalangan pelabur terhadap kepimpinan Malaysia, kata ahli ekonomi Bank Islam Adam Mohamed Rahim.
Pada 6 petang, unit tempatan itu meningkat sebanyak 50 mata asas kepada 4.1890/1930 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1940/1965 pada Khamis.
Terdahulu, hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan kabinetnya, yang dibentuk selepas bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai kerajaan Perikatan Nasional, meletak jawatan pada 16 Ogos.
Selain Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang kekal memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga dikekalkan sebagai Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Datuk Seri Mustapa Mohamed yang kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Seorang lagi penganalisis berkata sentimen bagi ringgit juga didorong oleh pengukuhan harga minyak mentah yang meningkat 1.44 peratus kepada US$72.09 setong.
Sementara itu, unit tempatan itu juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.9254/9301 daripada 4.9376/9405 ketika ditutup pada Khamis, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8044/8084 daripada 3.8075/8102 dan naik berbanding pound British kepada 5.7427/7482 berbanding 5.7659/7693.
Unit tempatan itu, bagaimanapun, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1009/1041 berbanding 3.0998/1021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#ditutup tinggi
#dolar AS
#Kabinet Malaysia 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan