KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS untuk hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini berikutan unjuran yang lemah terhadap ekonomi global, menyebabkan lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang negara pesat membangun, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 4.4000/4040 daripada 4.4020/4045 pada Khamis.

Peniaga berkata pelabur berhati-hati dengan langkah yang dibuat oleh bank pusat di seluruh Eropah untuk menaikkan kadar faedahnya pada Khamis dan memberi isyarat untuk mengenakan kos pinjaman yang lebih tinggi bagi mengawal lonjakan inflasi yang menjejaskan simpanan dan memberi tekanan kepada keuntungan korporat.

Bagaimanapun peningkatan selanjutnya dihadkan oleh harga minyak yang lebih rendah berikutan wujud kebimbangan permintaan dalam pertumbuhan ekonomi global berikutan banyak kenaikan kadar faedah di seluruh dunia pada minggu ini walaupun sekatan baharu ke atas Iran, telah mengekang penurunan.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.4208/4257 daripada 5.3396/3 semalam.

Ia menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2655/2688 daripada 3.3128/3149 semalam, namun berkurangan berbanding euro kepada 4.6314/6357 daripada 4.5798/5824 sebelum ini.

-- BERNAMA