KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini menjelang keputusan kadar faedah Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang akan diumumkan lewat malam ini.
Indeks dolar AS (DXY) yang mengukur prestasi dolar AS berbanding enam mata wang utama yang lain, juga diniagakan rendah berdasarkan jangkaan peniaga bahawa FOMC akan mengekalkan kadar faedah semasa, kata penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.6840/6880 berbanding dolar AS 4.6940/6980 ketika ditutup pada Selasa.
Pengurus SPI Asset Management Stephen Innes berkata kepada Bernama peniaga membeli dolar AS sejak dua bulan lepas, justeru, kemungkinan terdapat pelarasan kecil kedudukan hari ini, menyebabkan ringgit ditutup kukuh.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid memaklumkan bahawa inflasi di United Kingdom terus menurun dengan inflasi keseluruhan dan inflasi teras Ogos masing-masing menyederhana kepada 6.7 peratus (Julai: 6.8 peratus) dan 6.2 peratus (Julai: 6.9 peratus).
"Mungkin kadar penanda aras Bank Of England telah benar-benar menghampiri paras kemuncaknya. Bagi gandingan dolar AS-ringgit, ringgit menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak 0.23 peratus berbanding dolar AS.
"Bagaimanapun, ia masih perlu dipantau sama ada peningkatan itu mampu dikekalkan. Kita akan lihat bagaimana naratif Fed dan ramalan terkini mereka apabila mereka mengakhiri mesyuarat FOMC malam ini," katanya.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.
Ia naik berbanding yen Jepun kepada 3.1653/1682 daripada 3.1776/1806 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding euro kepada 5.0114/0157 daripada 5.0160/0203 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.7955/8005 daripada 5.8126/8175 semalam.
Pada masa yang sama, mata wang tempatan itu juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang Asean lain.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4348/4382 daripada 3.4436/4468 pada Selasa dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.26 daripada 8.27/8.28 sebelum ini.
Ringgit juga meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 304.5/304.9 daripada 305.1/305.6 ketika ditutup pada Selasa dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9891/13.0056 daripada 13.0563/0718 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.6840/6880 berbanding dolar AS 4.6940/6980 ketika ditutup pada Selasa. - Gambar hiasan/REUTERS
Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.
Kelulusan RUU kukuhkan fungsi statutori Suhakam
Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 1999 (Akta 597) yang telah diluluskan di Parlimen pada Rabu dilihat memperkasakan lagi tugas suruhanjaya itu dalam menjalankan fungsi-fungsi dan tanggungjawab statutorinya.
Lelaki dijatuhi hukuman 14 tahun penjara,tikam isteri sehingga mati
Seorang lelaki yang tergamak menikam isterinya sehingga mati enam tahun dijatuhi hukuman penjara 14 tahun di Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu.
Hakim, Datuk Dr.Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu keatas tertuduh, Jakaria Abu Bakar, 56 kerana didapati bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa, Norminah Bollok, 45.
Hakim, Datuk Dr.Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu keatas tertuduh, Jakaria Abu Bakar, 56 kerana didapati bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat terhadap mangsa, Norminah Bollok, 45.
CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas, yang runtuh malam semalam.

Lelaki warga Indonesia maut dipercayai dibaham harimau
Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan beri keutamaan selesai isu perumahan generasi kedua dan ketiga FELDA - PM
Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA.

Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ketiga berturut-turut
Pada 6 petang, ringgit meningkat semula kepada 4.6495/6550 berbanding dolar AS daripada 4.6690/6725 ketika ditutup pada Selasa.

Firma Jerman jangka tahun 2024 mencabar untuk Malaysia
Antara faktor yang mempengaruhi adalah ketegangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia, kemerosotan ringgit dan kadar faedah tinggi.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6735/6805 berbanding dolar AS 4.6505/6560 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7165/7210 berbanding dolar AS 4.7065/7105 ketika ditutup pada Jumaat.

Ringgit meneruskan aliran menurun, ditutup rendah hari keempat berturut-turut
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7065/7105 berbanding dolar AS 4.6895/6965 ketika ditutup pada Khamis.

Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6895/6965 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6800/6860 pada Rabu.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan pembetulan teknikal
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6675/6725 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6340/6400 pada Isnin.

Perkembangan ringgit tidak jejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara - PM Anwar
Perkembangan ringgit dijangka tidak akan menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit ditutup tinggi selepas OPR kekal pada 3.00 peratus
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7485/7525 berbanding dolar AS daripada 4.7695/7735 sewaktu ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama lain pada penutup urus niaga hari ini berikutan pembetulan yang berterusan.