awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wan Kuzain 'naik taraf' sertai pasukan Divisyen 2 Amerika Syarikat
Pembekuan perolehan: MINDEF mohon pertimbangan jika kesiagaan ATM terjejas
Ka Siong dirawat di hospital akibat jangkitan paru-paru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, data AS lemah kukuh jangkaan penurunan kadar Fed

Bernama
Bernama
02/12/2025
13:00 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, data AS lemah kukuh jangkaan penurunan kadar Fed
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1275/1330 berbanding dolar daripada 4.1300/1365 ketika ditutup semalam. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan data pembuatan AS yang lebih lemah berbanding jangkaan, sekali gus mengukuhkan harapan terhadap pengurangan kadar faedahnya minggu depan.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1275/1330 berbanding dolar daripada 4.1300/1365 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit bergerak dalam julat kecil hari ini, berlegar antara RM4.1300 dengan RM4.1350 bagi kebanyakan masa.
"Ini berlaku dalam keadaan Indeks Institute for Supply Management sektor pembuatan AS bagi November adalah lebih rendah daripada jangkaan.
"Walaupun data seperti ini menyokong untuk keputusan pengurangan kadar faedah AS minggu depan namun, pelabur masih berhati-hati kerana sebahagian pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin tidak selesa dengan pengurangan kadar tersebut," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata bagaimanapun, kemungkinan pengurangan kadar faedah AS berdasarkan kontrak niaga hadapan kini melebihi 90 peratus.
Pada penutupan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding pound British kepada 5.4524/4597 daripada 5.4644/4730 ketika ditutup semalam, dan naik berbanding euro kepada 4.7920/7984 daripada 4.7995/8070.
Ringgit lebih stabil berbanding yen Jepun kepada 2.6463/6500 daripada 2.6594/6637.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Mata wang domestik mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1816/1861 daripada 3.1880/1932 pada Isnin, dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8928/9164 daripada 12.9026/9290.
Ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 248.2/248.7 daripada 247.8/248.3 dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.05/7.06 daripada 7.05/7.07 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#kadar Fed
#nilai mata wang
#kadar faedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan