KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh sentimen dan permintaan yang lebih baik untuk unit tempatan, kata penganalisis.
Pada 6.01 petang, ringgit berada pada berbanding dolar US daripada 4.6855/6895 semasa ditutup semalam.
Semasa sesi dagangan awal hari ini, ringgit mencecah paras tertinggi harian sebanyak RM4.6630 berbanding dolar US dan susut kepada RM4.6757 pada tengah hari.
Setakat ini, ringgit muncul sebagai mata wang kedua berprestasi terbaik di rantau Asia, mengalami penyusutan sederhana sebanyak 1.56 peratus berbanding dolar US mengikuti rapat di belakang rupee India yang merosot sebanyak 0.37 peratus berbanding mata wang AS.
Dolar Brunei dan dolar Singapura masing-masing menyaksikan penurunan 1.70 peratus manakala rupiah Indonesia turun 4.57 peratus dan peso Filipina jatuh sebanyak 5.15 peratus berbanding dolar US.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkataIndeks Harga Pengguna (IHP) AS yang lebih rendah daripada jangkaan yang mencapai 3.0 peratus (berbanding anggaran konsensus sebanyak 3.1 peratus) menunjukkan bahawa trend disinflasi berjalan dengan baik.
"Selain itu, Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jerome Powell dalam keterangannya kepada Kongres AS, mencadangkan bahawa penurunan kadar faedah boleh berlaku dan bahawa kadar inflasi tidak perlu turun lebih rendah daripada dua peratus sebelum mereka boleh memulakan keputusan pelonggaran monetari.
"Nampaknya garis masa bulan September akan menjadi masa yang berkemungkinan untuk Fed mula menukar pendirian sekatan mereka. Ini sudah tentu membantu mengukuhkan nilai ringgit," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Sementara itu, pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9338/9359 daripada 2.9003/9030 ketika ditutup Khamis, turun berbanding euro kepada 5.0838/0870 daripada 5.0819/0862 semalam, jatuh berbanding pound Britain kepada 6.0481/0520 daripada 6.0335/0387 sebelumnya.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.4768/4793 daripada 3.4774/4807 semalam, melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.00/8.00 daripada 8.03/8.05 pada Khamis, naik berbanding baht Thailand kepada 12.9023/9160 daripada 12.9184/9341 sebelumnya.
Bagaimanapun, unit tempatan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 289.3/289.7 daripada 289.2/289.7 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
Pada 6.01 petang, ringgit berada pada berbanding dolar US daripada 4.6855/6895 semasa ditutup semalam. - Gambar fail/Bernama
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.