KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan sederhana, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti walaupun unit negara maju mengukuh, kata penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6865/6920 berbanding dolar AS daripada 4.6890/6940 sewaktu ditutup pada Khamis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen itu juga telah merangsang seketika pasaran Asia berikutan China dikatakan membenarkan peratusan lebih tinggi bagi pelaburan asing dalam syarikat tempatan, sekali gus menjadi berita baik kepada pasaran tempatan.
"Di peringkat tempatan, inflasi keseluruhan Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) secara umumnya tidak berubah iaitu mesej yang bercampur-campur kepada pasaran mata wang. Malah, ia adalah berita baik kepada ekonomi," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dilihat menerima sokongan memberangsangkan pada RM4.6875 hari ini manakala indeks dolar AS (DXY) meningkat 0.21 peratus kepada 105.586 mata.
"Ringgit yang berada dalam kedudukan terlebih jual mungkin menyebabkan aktiviti belian dalam kalangan peniaga," katanya.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1593/1632 daripada 3.1650/1686 sewaktu ditutup pada Khamis, menokok berbanding euro kepada 4.9860/9918 daripada 4.9947/5.000 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7372/7439 daripada 632/7694 semalam.
Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Mata wang tempatan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4313/4359 daripada 3.4271/4310 pada Khamis dan menyusut berbanding baht Thailand kepada 13.0119/0322 daripada 12.9695/9880 sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 304.7/305.3 daripada 304.9/305.4 sewaktu ditutup pada Khamis dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.25/8.26.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6865/6920 berbanding dolar AS daripada 4.6890/6940 sewaktu ditutup pada Khamis. - Gambar fail/Bernama

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
Filipina dan China berbalah isu pertembungan kapal
Filipina dan China saling menuduh berhubung perlanggaran kapal mereka di perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan ketika ketegangan mengenai tuntutan di laluan air penting itu memuncak.
12 minggu bersaing, juara milik siapa?
Malam penentu, siapakah bakal muncul juara All Stars Gegar Vaganza. Asyraf Roslan berikan analisis awal mengenai peluang setiap finalis.
Laporan Khas: Penduduk bimbang keselamatan keluarga
Apartment Idaman, Damansara Damai menjadi tumpuan pihak polis dan media sejak penemuan mayat kanak-kanak Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang disahkan meninggal akibat dibunuh.
Forensik masuk kediaman mangsa, kumpul sampel DNA
Polis meneruskan usaha mengesan petunjuk baharu dengan mengambil bukti dan sampel DNA dari rumah mangsa Zayn Rayyan yang mati dibunuh.
MEASAT berada di lapangan, beri perkhidmatan terus ikut kehendak pelangan
Pengerusi MEASAT Global Berhad, Rezza Hassan berkata demi memastikan perkhidmatan ketersambungan internet dapat memberi manfaat maksimum kepada pengguna luar bandar, MEASAT memastikan wakil perkhidmatannya berada dekat dengan pengguna. Jelasnya, ini salah satu keunikan MEASAT yang sememangnya berada dilapangan, dan membolehkan penyediaan perkhidmatan mengikut keperluan individu pelanggan.
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
etua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd, Yau Chyong Lim berkata MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu. Jelasnya, setakat ini MEASAT berjaya memberi sambungan internet kepada hampir 4,000 kampung yang meliputi hampir 500,000 populasi seluruh negara.
Amensty International Malaysia anjur festival sempena Hari Hak Asasi Manusia
Festival ini diadakan bertujuan memberi ruang kepada masyarakat memahami isu hak asasi kemanusiaan.

Maut ditikam anak: Jenazah bekas imam, isteri dikebumi satu liang lahad
Jenazah pasangan suami isteri yang ditemui maut dibunuh anaknya pada Sabtu akan dikebumikan bersama dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala.

Ringgit kukuh berbanding dolar AS meskipun data perumahan AS lemah
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6690/6725 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6830 semasa ditutup semalam.

Ringgit ditutup mengukuh pada paras 4.67 berbanding dolar AS
Pada 6 petang ini, ringgit naik ke paras 4.6785/6825 berbanding dolar AS daripada 4.6850/6910, semalam.

Ringgit ditutup rendah berikutan sentimen elak risiko
Ringgit yang gagal bertahan dalam meneruskan kenaikan pada minggu lepas akhirnya ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.7285/7320 berbanding dolar AS 4.7215/7255 ketika ditutup pada Selasa.

Hasil Perbendaharaan AS naik, ringgit ditutup rendah cecah 4.70
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.7055/7105 berbanding dolar AS daripada 4.6875/6915 pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan sederhana, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti walaupun unit negara maju mengukuh.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan sentimen agresif Fed
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila unit negara maju meningkat susulan kenyataan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah.

Ringgit ditutup rendah berikutan permintaan lebih baik terhadap dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.6825/6850 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6835 ketika ditutup pada Rabu.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.6720/6765 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6615/6655 pada Selasa.

Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS ekoran kekurangan pemangkin
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut pada Selasa, berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.