awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Airbus mula uji robot Walker S2 yang boleh tukar bateri sendiri
Inisiatif pendidikan percuma: Pelajar autisme rakam penghargaan kepada PM
Terjemahan silap titah Agong: Polis rakam percakapan dua pegawai kanan China Press
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
11/07/2024
14:05 MYT
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit didagangkan lebih tinggi kepada 4.6855/6895 berbanding dolar AS daripada 4.6985/7010 ketika ditutup pada Rabu. - gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit didagangkan lebih tinggi kepada 4.6855/6895 berbanding dolar AS daripada 4.6985/7010 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jangkaan kadar faedah AS yang lebih rendah juga telah meningkatkan minat risiko dalam kalangan peserta pasaran.
Beliau berkata keadaan itu mendorong peningkatan mata wang negara serantau berbanding dolar AS iaitu baht Thailand, rupiah Indonesia, peso Filipina dan dolar Singapura.
Sementara itu, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) juga mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dan tidak menunjukkan kecenderungan untuk mengurangkan kadar dasarnya.
Mohd Afzanizam berkata keadaan itu menjadi satu petunjuk bahawa perbezaan kadar faedah yang ketara di antara Kadar Dana Rizab Persekutuan AS (Fed) dengan OPR akan dikecilkan apabila Fed mula melaksanakan keputusannya untuk mengurangkan kadar pada September.
"Bagaimanapun, laluan untuk kenaikan ringgit tidak akan sama seperti yang dijangkakan. Ia boleh dikekang terutama apabila pegawai Fed masih berpendirian cenderung kepada kadar faedah tinggi," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Mata wang domestik naik berbanding yen Jepun kepada 2.9003/9030 daripada 2.9075/9092 ketika ditutup pada Rabu, dan meningkat berbanding euro kepada 5.0819/0862 daripada 5.0828/0855.
Bagaimanapun, ringgit turun berbanding pound British kepada 6.0335/0387 daripada 6.0174/0206.
Mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara serantau Asean.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4774/4807 daripada 3.4817/4838 ketika ditutup semalam, dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.05 daripada 8.05/8.07.
Unit tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9184/9341 daripada 12.9062/9184 pada Rabu dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 289.2/289.7 daripada 289.2/289.6.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#ASEAN
#ringgit
#OPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan