awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS pada awal dagangan

Bernama
Bernama
24/07/2025
02:10 MYT
Ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pemberian tunai RM100 kepada semua rakyat Malaysia dewasa serta rancangan untuk menurunkan harga bahan api oleh Perdana Menteri pada Rabu telah memberi rangsangan kepada ringgit. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong sentimen pasaran yang lebih baik susulan langkah sokongan fiskal terkini.
Pada 8.07 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2140/2320 berbanding dolar AS daripada 4.2255/2300 ketika ditutup semalam.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pemberian tunai telah memberi rangsangan kepada ringgit.
"Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian tunai RM100 kepada semua rakyat Malaysia dewasa serta rancangan untuk menurunkan harga bahan api, yang bertujuan meringankan tekanan kos sara hidup dan dijangka mewujudkan kitaran positif secara cepat kepada ekonomi tempatan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, ringgit dibuka sedikit kukuh, namun diniagakan dengan berhati-hati apabila kalangan peniaga dipengaruhi oleh ketiadaan perjanjian perdagangan rasmi antara AS dan Malaysia berbanding petunjuk yang semakin jelas bahawa ia mungkin dimeterai tidak lama lagi.
"Sentimen optimistik masih berlegar susulan pengumuman perjanjian AS-Jepun, dan khabar angin mengenai perjanjian AS-Kesatuan Eropah (EU) yang sedang menunggu pengesahan daripada Donald Trump terus menyokong minat risiko," katanya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, jangkaan terhadap kemungkinan perjanjian perdagangan antara AS dan EU telah merangsang sentimen positif dalam pasaran ekuiti penanda aras AS, manakala hasil bon Perbendaharaan AS turut meningkat.
Beliau berkata, pelabur kini bersedia mengambil risiko dalam pasaran kewangan, yang menyebabkan Indeks Dolar AS susut 0.18 peratus kepada 97.214 mata.
"Oleh itu, ringgit dijangka kekal positif hari ini, dengan dolar AS/ringgit berkemungkinan berlegar antara RM4.22 dan RM4.23," katanya.
Pada pembukaan dagangan, ringgit kebanyakannya diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8774/8899 daripada 2.8837/8870 ketika ditutup semalam, dan sedikit meningkat berbanding pound British kepada 5.7201/7445 daripada 5.7230/7291.
Bagaimanapun ringgit susut berbanding euro kepada 4.9590/9802 daripada 4.9586/9639.
Ringgit turut tinggi berbanding mata wang serantau ASEAN.
Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3007/3153 daripada 3.3071/3109, dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 258.4/259.6 daripada 259.1/259.5.
Ringgit juga naik sedikit berbanding peso Filipina kepada 7.40/7.44 daripada 7.42/7.44 semalam dan lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 13.0992/1613 daripada 13.1370/1567.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#fiskal
#pemberian tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan