awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit melonjak semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
29/08/2023
12:10 MYT
Ringgit melonjak semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang Asean. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit melonjak semula daripada penurunan semalam untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila pelabur kekal bimbang menjelang pengumuman data ekonomi AS yang akan dikeluarkan minggu ini, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.6455/6475 berbanding dolar AS daripada 4.6535/6565 pada penutup Isnin.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan memberi tumpuan kepada data pekerjaan AS bagi Julai yang akan dikeluarkan lewat hari ini untuk panduan akan datang.
"Walaupun beberapa data menunjukkan kelembapan dalam pasaran tenaga kerja yang ketat, pasaran kelihatan tidak pasti sama ada akan berganjak daripada pendirian terbatas Rizab Persekutuan terhadap dasar monetari," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali pound Britian, yang merosot kepada 5.8590/8628 daripada 5.8522/8560 pada penutup semalam.
Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 5.0221/0253 daripada 5.0290/0323 pada penutup Isnin dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1688/1711 daripada 3.1752/1774.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang Asean.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4297/4322 daripada 3.4282/4307 pada penutup Isnin dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 304.3/304.7 daripada 304.2/304.6.
Mata wang tempatan susut berbanding baht Thai kepada 13.2171/2324 daripada 13.1936/2088 semalam tetapi meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.18/8.19 daripada 8.19/8.20.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#mata wang tempatan
#unit tempatan
#pasaran tenaga kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan