KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Khamis dan kebanyakannya meningkat berbanding mata wang utama lain.
Pada 8 pagi ini, ringgit meningkat ke paras 4.6670/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6705/6735 yang dicatat semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit berkemungkinan terus mengukuh berikutan jangkaan dasar monetari Malaysia kekal bagi tempoh berbaki tahun ini.
Beliau berkata tindakan terkini Bank of Canada menurunkan 25 mata asas semalam, membuktikan momentum pelonggaran dasar monetari semakin ketara di negara-negara maju apabila bank-bank pusat beralih kepada usaha bagi memastikan pertumbuhan yang berterusan.
Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan AS jatuh kepada 49.5 mata pada Julai 2024 manakala kertas Perbendaharaan dua tahun AS mencatat hasil enam mata asas lebih rendah kepada 4.43 peratus, sekali gus membayangkan keperluan Rizab Persekutuan AS untuk melonggarkan dasar monetarinya bagi menyokong pertumbuhan," katanya kepada Bernama.
Pada masa sama, beliau berkata Bank Muamalat juga menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus berhati-hati terhadap inflasi berikutan tingkah laku penetapan harga dalam kalangan firma dan jangkaan inflasi boleh mencetuskan kecenderungan peningkatan inflasi, katanya.
"Ini bermakna BNM perlu mengekalkan pendirian dasar monetari semasa yang dapat menyokong ringgit," kata Mohd Afzanizam.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit susut berbanding yen Jepun pada 3.0327/0371 daripada 3.0173/0196 pada akhir urus niaga semalam namun naik berbanding pound Britain kepada 6.0181/0265 daripada 6.0291/0330 selain meningkat berbanding euro kepada 5.0576/0647 daripada 5.0633/0665, semalam.
Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina.
Unit tempatan itu mengukuh sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.4722/4776 daripada 3.4727/4752 namun rendah berbanding baht Thailand pada 12.9144/9392 daripada 12.9133/9266, semalam.
Berbanding rupiah Indonesia, ringgit kekal pada paras 287.7/288.3 daripada 287.9/288.3 dan mendatar berbanding peso Filipina pada 7.98/8.00 daripada 7.99/8.00.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024
Pada 8 pagi ini, ringgit meningkat ke paras 4.6670/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6705/6735 yang dicatat semalam. -Gambar fail/Bernama
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.