awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit merosot ke paras terendah dalam tempoh hampir lima bulan

Bernama
Bernama
13/06/2018
20:50 MYT
Ringgit merosot ke paras terendah dalam tempoh hampir lima bulan
Beberapa pedagang menetapkan sasaran ringgit pada paras psikologi RM4 kepada satu dolar US. - Gambar hiasan
Ringgit susut ke paras terendah sejak 22 Jan, 2018 ketika ditutup pada Rabu, sebahagian besarnya diheret turun oleh pengaliran keluar berterusan dana asing disebabkan ketidakpasti pelabur terhadap dasar kerajaan baharu, selain pengukuhan dolar US menjelang keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).
Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 3.9920/9960 berbanding dolar daripada 3.9880/9910 pada penutupan Selasa.
Ketua Pedagang OANDA di Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata laporan oleh agensi penarafan, Moody's Investors Service mengenai dasar dfskal kerajaan Malaysia, turut memberi impak ke atas nota tempatan.
Innes berkata laporan itu, yang menganggarkan kerugian hasil susulan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dinilai kira-kira 1.1 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2017 dan 1.7 peratus selepas 2018, memberi tekanan ke atas ringgit.
"Tambahan pula beberapa pedagang menetapkan sasaran ringgit pada paras psikologi RM4 kepada satu dolar US. Bagaimanapun dari sudut positifnya, prospek pertumbuhan domestik tidak terjejas dalam tempoh terdekat," katanya.
Sementara itu, Innes juga berkata pelabur dan pedagang kini memberi tumpuan kepada mesyuarat Fed yang berakhir lewat Rabu untuk mendapatkan arah tuju pelaburan.
Pada penutupan, unit tempatan bagaimanapun lebih tinggi berbanding sekumpulam mata wang utama.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9874/9908 daripada 2.9897/9931 dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.3241/3311 berbanding 5.3415/3475.
Berbanding yen Jepun, unit tempatan juga tinggi kepada 3.6097/6140 daripada 3.6205/6242 pada Selasa dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6922/6973 daripada 4.7038/7082.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#cukai
#dana asing
#dasar kerajaan
#GST
#impak
#Jepun
#KDNK
#kerajaan
#Malaysia
#Moody's Investors Service
#paras psikologi
#pedagang
#pelaburan
#ringgit
#rizab persekutuan
#Singapura
#Stephen Innes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan