KUALA LUMPUR: Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa ditutup hari ini berikutan pandangan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell mengenai kadar faedah.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7050/7075 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7190 semasa ditutup pada Selasa.
Powell pada Selasa membayangkan keputusan kadar faedah bank pusat AS yang seterusnya tidak mungkin kepada kenaikan selepas pengumuman Indeks Harga Pengeluar AS yang lebih tinggi berbanding jangkaan pada April, iaitu peningkatan 2.2 peratus tahun ke tahun.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang serantau turut memperlihatkan trend sama apabila terus meningkat berbanding dolar AS.
"Walaupun tempoh penurunan kadar kekal menjadi perbincangan terbuka, sekurang-kurangnya kita boleh mengelak kenaikan kadar oleh Fed.
"Persoalannya adalah berapa lama Fed akan mengekalkan pendirian monetarinya yang terhad, dan sama ada ia akan berjaya membawa kadar inflasi ke arah sasaran dua peratus," katanya kepada Bernama.
Pasaran kemudiannya akan memantau pengumuman Indeks Harga Pengguna AS malam ini dan data ekonomi Malaysia pada Jumaat.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.0189/0207 daripada 3.0161/0182 semasa ditutup pada Selasa, susut berbanding pound Britain kepada 5.9391/9423 daripada 5.9158/9195 semalam, dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0941/0968 daripada 5.0900/0932 sebelumnya.
Mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang Asean.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4873/4894 daripada 3.4848/4873 semasa ditutup pada Selasa dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 293.5/293.8 daripada 292.7/293.3 sebelumnya.
Ia turut berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.8735/8867 daripada 12.8596/8730 semalam dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.17/8.19 daripada 8.15/8.16.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Mata wang tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang Asean. - Gambar fail/Bernama
Penipuan ujian kenderaan: Jepun periksa ibu pejabat Honda
Honda menjadi syarikat keempat yang diperiksa di bawah undang-undang kenderaan pengangkutan jalan raya selepas Toyota Motor Corp., Yamaha Motor Co., dan Suzuki Motor Corp.
Blinken tiba di Mesir, dijangka desak gencatan senjata di Gaza
Dalam lawatan kerja tersebut, Blinken dijadual bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, di Kaherah sebelum ke Israel untuk mengadakan pertemuan dengan Benjamin Netanyahu.
Puak haluan kanan tengah umum kemenangan
Puak kanan tengah Kesatuan Eropah (EU) meraikan kemenangan selepas keputusan sementara untuk pilihan raya Parlimen Eropah meningkatkan peluang Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen untuk penggal kedua, dalam undian yang turut menyaksikan lonjakan pihak sayap kanan.
Dua militan diburu dipercayai serang bas jemaah hindu
Pasukan penyiasat ketika ini sedang mengumpul bukti di lokasi kejadian termasuk serpihan, manakala kawasan hutan berhampiran dikawa rapi oleh pihak keselamatan.
AS hormati hak protes rakyat Malaysia
Amerika Syarikat menghormati hak rakyat Malaysia untuk mengadakan protes secara aman sebagai menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Israel berhubung konflik di Gaza.
Pengorbanan, impian pasangan Palestin tunai haji
Cerita dan perjuangan Mahmoud dan Fatima untuk menunaikan Haji suatu yang indah dan penuh pergorbanan.
Johan, Ozlynn hampir terlepas pesawat, ingat kena 'scam'
Keberangkatan ke Makkah untuk pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn hampir bertukar duka apabila Johan hampir terlepas pesawat akibat kekeliruan nama pada visa miliknya itu.
Kerahan mega digembleng, pastikan kelancaran pergerakan
Lembaga Tabung Haji (TH) melakukan perancangan teliti dan teratur dengan kerahan tenaga digembleng untuk Operasi Masyair, iaitu kemuncak kepada operasi haji, bagi memastikan kelancaran dan keselesaan pergerakan untuk semua jemaah serta lebih 600 petugas.
Muhyiddin gusar akan nasib rakyat yang terkesan
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa sedih susulan tindakan kerajaan untuk menaikkan harga diesel RM 3.35 seliter.
MyCC giat buat pemantauan dan penguatkuasaan ketat
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan bekerjsama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Kewangan (MOF) bagi mendapatkan data penting berkait kegiatan kartel dalam negara.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.0420/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0410/0460 sewaktu ditutup semalam.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini, disokong oleh minat belian susulan pengumuman pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai dasar monetari, kata peniaga.
Kenanga jangka BNM kekalkan OPR pada 3.25 peratus sehingga akhir tahun
Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada 3.25 peratus hingga akhir tahun ini untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.
Jerome Powell sah pengerusi Rizab Persekutuan AS seterusnya
Senat Amerika Syarikat telah mengesahkan pelantikan Jerome Powell sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan berikutnya.
Pasaran saham China merudum, terendah dalam lapan tahun
Pasaran saham China jatuh lebih 8 peratus pada dagangan tengahari Isnin, terendah dalam 8 tahun bagi prestasi harian selepas aktiviti pengambilan untung berlarutan.